'Slowly but surely', tanker Perak FC tahu 'detik' yang dicari LTK


  • Podium
  • Jumaat, 10 Feb 2023

Penyokong Perak FC mulai mempersoalkan kemampuan pengendali skuad Seladang, Teong Kim sebagai ketua jurulatih. — Facebook/PerakFC

TATKALA ramai penyokong Perak FC yang mulai mempersoalkan kemampuan pengendali baharu skuad Seladang, Datuk Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih, tonggak pertahanan pasukan The Bos Gaurus (TBG), Raja Imran Shah tampil mempertahankan beliau.

Kemampuan Teong Kim mulai dipersoal apabila Perak FC mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut pada aksi perlawanan persahabatan menentang Penang FC, Kuala Lumpur City dan terbaharu Negeri Sembilan FC.

Raja Imran percaya bahawa taktikal yang diberikan Teong Kim perlahan-lahan akan menjadi namun dia meminta untuk memberi masa kepada jurulatih berusia 59 tahun itu bagi mencari formula terbaik buat Perak FC.

Tonggak pertahanan Perak itu juga berkongsi bahawa banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang berada di bawah kendalian bekas jurulatih pasukan remaja Bayern Munich itu.

WhatsApp Image 2023-02-10 at 19.06.19

Raja Imran pernah mendapat kepercayaan menjadi ketua pasukan Perak FC. — Facebook/PerakFC

"Bagi saya dalam latihan apa yang coach LTK (Lim Teong Kim) terangkan, kami ada buat. Slowly but surely kita yakin bahawa taktikal dia akan jadi. Beri masa untuk dia.

"Datuk LTK semestinya seorang yang berpengalaman. Dia seorang jurulatih yang detail oriented. Dia memang tekankan semua benda yang kecil. Mungkin pemain sebelum ini tidak perasan. Saya banyak belajar dari dia," katanya kepada Majoriti.

Pemain berusia 24 tahun itu bagaimanapun tidak menolak bahawa terbanyak banyak benda lagi yang perlu diperbaiki oleh dia dan rakan sepasukan sebelum Liga Super bermula pada 24 Februari ini.

Bekas pemain Sarawak United itu percaya bahawa apabila mereka sudah berjaya untuk mendapatkan rentak dalam menjaringkan gol, ia pasti tidak menjadi masalah untuk mengekalkan momentum itu.

WhatsApp Image 2023-02-10 at 19.06.46

Raja Imran percaya masih banyak perkara perlu diperbaiki skuad Seladang sebelum liga bermula. — Facebook/PerakFC

"Dari segi persediaan saya boleh bagi skala tujuh. Masih ada beberapa minggu sebelum liga bermula. Masih ada benda perlu diperbaiki.

"Aspek serangan dan pertahanan perlu touch up. Bagi saya pasukan Perak team yang agak muda tapi saya yakin kami boleh improve. Sekarang mungkin tak score tapi bila dapat momentum tidak akan jadi masalah.

"Bagi saya keserasian pasukan sangat bagus. Kerjasama sangat bagus, cuma bagi kami masa kerana 80 peratus adalah pemain baharu. Jadi harap bila liga nak mula, kami dah bersedia," kongsinya.

Skuad Seladang dijadul berjumpa Kedah Darul Aman (KDA FC) bagi aksi pembuka saingan Liga Super 2023 pada 25 Februari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram