Kepulangan bekas pengurus mampu padamkan mimpi ngeri Chelsea


  • Podium
  • Isnin, 06 Feb 2023

Apakah yang perlu dilakukan Chelsea untuk berada di kedudukan terbaik musim ini? — Agensi

SELEPAS beraksi dalam 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea hanya berjaya mengumpul 30 mata, sekali gus meletakkan mereka di tangga kesembilan.

Meskipun memiliki antara rekod pertahanan terbaik, ketumpulan jentera serangan dikatakan sebagai punca ke atas kemerosotan mereka itu.

Bagaimanapun, pelaburan besar yang dibuat pemilik kelab, Todd Boehly sejak jendela perpindahan musim panas lalu tidak membuahkan sebarang hasil positif.

Ini termasuk keputusan membawa masuk beberapa nama besar seperti pemenang pingat emas Piala Dunia 2022, Enzo Fernandez dan prospek bersinar dari Ukraine, Mykhaylo Mudryk.

Tidak cukup dengan itu, rombakan juga dilakukan terhadap barisan kejurulatihan apabila kelab berpangkalan di London itu memecat pengurus dari Jerman, Thomas Tuchel.

Kekosongan tersebut bagaimanapun digantikan dengan bekas pengurus Brighton & Hove Albion, Graham Potter yang cukup terkenal dengan gaya permainan padat dan teratur.

Graham-Potter-Chelsea-F365-15

Potter (tengah) masih gagal mencari resipi terbaik untuk Chelsea. Agensi

Namun, selepas mengambil alih sejak September lalu, Chelsea masih berdepan kebuntuan di hadapan pintu gol dengan skuad The Blues hanya menjaringkan 22 gol dalam kancah EPL.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila rata-rata penyokong mula mendesak Potter untuk tidak mengekalkan jawatannya bagi memberi laluan kepada calon lain.

Baru-baru ini, laporan daripada sumber mengatakan pasukan tersebut berminat membawa masuk bekas pengendali, Jose Mourinho bagi baki musim 2022/23.

WhatsApp Image 2023-02-06 at 12.36.28

Mourinho merupakan pengurus legenda dalam bola sepak moden. Agensi

Ketika ini, pengurus kelahiran Portugal yang mengendalikan kelab Itali, Roma itu difahamkan tidak gembira dengan situasi kewangan mereka.

Mourinho juga difahamkan berminat dengan kepulangan ke EPL sekiranya dia memilih untuk tidak menyambung kontrak yang bakal tamat tidak lama lagi.

Selain Chelsea, West Ham United juga dilaporkan berminat untuk menyambar khidmat pengurus legenda itu apabila kedudukan David Moyes semakin terancam.

Mourinho pernah membantu The Blues menjadi salah satu pasukan terbaik di England apabila mereka menjulang tiga trofi EPL, tiga Piala Liga dan satu Piala FA. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram