Kanye West, Mudryk antara penutup berita 'trending' minggu ini


  • Relaks
  • Ahad, 15 Jan 2023

Murdyk, pemain bola yang ditagih kehebatannya oleh Chelsea dan Arsenal.

SEPANJANG minggu ini, pelbagai kisah menarik menjadi perhatian rakyat Malaysia termasuk kisah kematian anak Elvis Presley, kisah viral Charles & Keith dan keunikan filem Virasu.

Berikut Majoriti paparkan empat kata kunci trending pada Ahad, 15 Januari 2023.

1. Ramesh Rao

rao

Ramesh Rao meninggal dunia kerana serangan jantung.

Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao dikhabarkan meninggal dunia pada pagi 14 Januari 2023.

Beliau meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, pada umur 52 tahun.

Menurut agensi berita Bernama, beliau dipercayai meninggal daripada serangan jantung.

Beliau merupakan presiden pertubuhan bukan kerajaan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin and bertanggungjawab dalam hubungan etnik India.

Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), beliau bergiat berkhidmat untuk parti politik DAP dan aktif dalam membela nasib kaum India.

2. Kanye West

kw

Kanye West dan Bianca Censori di Beverly Hills. Agensi

Penyanyi, rapper, penulis lagu dan juga pereka fesyen dikatakan mengahwini pereka Yeezy, iaitu Bianca Censori.

Kanye yang berumur 45 tahun dikatakan mendedikasi lagu terbaru beliau iaitu 'Censori Overload' kepada kekasih hati baharu beliau, yang berkerja di bawah jenama beliau.

Beberapa portal berita atas talian mengatakan bahawa mereka berdua mengadakan majlis persendirian untuk meraikan hubungan tersebut.

Meski pun ia kelihatan seperti Kanye belum lagi mendaftarkan perkahwinan, namun dia dilihat memakai gelang perkahwinan ketika beliau tiba di Waldorf Astoria, Beverly Hills, awal minggu ini.

Hasil daripada perkahwinan Kanye sebelum ini bersama Kim Kardashian, yang merupakan artis dan juga pemilik Skims, dia dikurniakan empat orang anak iaitu North (9), Saint (7), Chicago (4) dan Psalm (3).

3. Mudryk

photo_2023-01-15_13-41-33

Chelsea sambar Mudryk?

Pemain berusia 22 tahun berasal daripada Ukraine, Mykhailo Petrovych Mudryk atau dikenali sebagai Mudryk dikhabarkan dibeli oleh pasukan bola Chelsea dengan harga 88 juta pound (RM466 juta)

Pemain Shakhtar Donetsk itu dikatakan terlebih dahulu diintai Arsenal sejak musim panas, namun berjaya 'disailang' Chelsea dengan jumlah yang lebih tinggi.

Beliau ditawarkan RM318 juta oleh Arsenal, namun menurut Timbalan Pengarah Shakhtar Donetsk, Nicolini, Mudryk bernilai lebih daripada jumlah itu.

Juga dikatakan bahawa proses permindahan ini semakin dekat apabila akaun media sosial Instagram Chelsea meletakkan 'username' Mudryk di bio mereka.

4. Liam Hemsworth

liam

Miley Cyrus bersama bekas suami, Liam Hemsworth.

Liam Hemsworth, iaitu seorang pelakon dan juga bekas suami kepada penyanyi Miley Cyrus menjadi trending apabila menarik perhatian peminat Miley.

Miley dan Liam telah berkahwin pada 23 Disember 2018, namun bercerai setelah hampir dua tahun berkahwin.

Nama Liam mula meniti di bibir-bibir peminat apabila lirik lagu dalam lagu Miley yang terbaru, Flowers dikatakan ditujukan kepada Liam.

Liam pernah menujukan lagu When I Was Your Man nyanyian Bruno Mars ketika perkahwinan mereka, dan lirik lagu Flowers dikatakan ialah respons kepada lagu tersebut.

Selain itu, ia menjadi trending kerana lagu tersebut dikeluarkan pada hari jadi Liam Hemsworth, 13 Januari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram