LIVERPOOL yang kini semakin sukar memperbaiki kedudukan mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) nampaknya masih berusaha melakukan perubahan pada jendela perpindahan Januari.
The Reds yang kini berada di tempat kesembilan perlu memperbaiki barisan tengah skuad The Reds bagi membantu pasukan mereka menduduki kedudukan teratas liga.
Antara sasaran pemain tengah The Reds pada perpindahan musim panas nanti ialah bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham, Enzo Fernandez dari Argentina dan Mason Mount dari Chelsea.
Bellingham antara sasaran pemain tengah yang ingin dibawa masuk Liverpool. — Agensi
Bagaimanapun, impian untuk membawa masuk tiga bintang itu nampaknya perlu dilupakan oleh penyokong apabila dilaporkan The Reds kini menyasarkan arkitek tengah dari Bayern Munich, Ryan Gravenberch.
Khabar angin itu mulai timbul selepas ejen Gravenbech iaitu Rafaela Pimenta berada di Liverpool pada hujung minggu yang mana dia dilihat ketika perlawanan The Reds menentang Chelsea.
Pemain berusia 20 tahun itu berpindah dari Ajax ke Bayern pada musim panas lalu tetapi sejak itu dia hanya bermain selama 30 minit bagi setiap perlawanan.
Meskipun masih belum diketahui alasan Pimenta turut menghadiri perlawanan itu, ada juga yang mendakwa bahawa ejen itu hadir untuk perpindahan pemain lain iaitu Denzel Dumfries.
Dumfries dikaitkan akan berpindah ke ke Chelsea selepas setahun menabur bakti bersama Inter Milan.
Dalam pada itu, wartawan Sky Sports Jerman, Florian Plettenberg mengatakan bahawa Gravenbech juga berada dalam sasaran Liverpool..
Namun, Liverpool terpaksa melupakan hasrat itu apabila dilaporkan pemain kebangsaan Belanda itu tidak akan meninggalkan Bayern dalam tempoh terdekat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram