LEGENDA Manchester United, Rio Ferdinand percaya bahawa Arsenal merupakan pasukan utama untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Skuad The Gunners ketika ini menduduki tangga teratas liga dengan lima mata memisahkan mereka dengan pencabar terdekat, Manchester City selepas hanya mengalami satu kekalahan sepanjang musim.
Bagaimanapun, Ferdinand berkata, kegagalan kelab itu untuk mendapatkan dua pemain sasaran ketika jendela perpindahan musim sejuk akan sedikit memberi kesan.
Pemain sayap kelahiran Ukraine, Mykhailo Mudryk yang berada dalam radar mereka sejak pertengahan Jun lalu memilih untuk menyertai seteru London, Chelsea.
Kesanggupan skuad The Blues untuk membayar yuran perpindahan sebanyak RM464 juta (£89million) memaksa Arsenal mendapatkan pemain kelahiran Belgium, Leandro Trossard.
Sementara itu, usaha mereka untuk mendapatkan pemain muda kelahiran Ecuador, Moises Caicedo juga berakhir dengan kekecewaan apabila kelabnya, Brighton & Hove Albion enggan melepaskannya.
Oleh itu, dengan mereka memiliki dana yang mencukupi, pelaburan dibuat terhadap bakat muda berasal dari Poland, Jakub Kiwior yang beraksi sebagai bek tengah.
Namun, bagi Ferdinand, kredibiliti pengurus Arsenal, Mikel Arteta akan mengemudi pasukan itu untuk muncul sebagai juara EPL buat pertama kali sejak 2004.
Ferdinand pernah menjuarai EPL sebanyak enam kali. — Agensi
"Tidak kisahlah apa jua keputusan ketika berdepan Manchester City, saya percaya mereka mempunyai keyakinan, kualiti dan ketenangan untuk menjadi juara," katanya.
Dalam masa sama, bekas pertahanan England itu turut menolak sebarang kemungkinan bahawa pasukan di tangga keempat, Manchester United akan menjadi pilihan musim ini.
Ferdinand sebelum ini pernah dilabel sebagai salah satu bek tengah terbaik apabila dia mengumpul pelbagai kejuaraan, termasuk membawa pulang pingat EPL sebanyak enam kali dalam kariernya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,