Chelsea dan Arsenal rancak berbelanja, kes bunuh sinematografi 'top trending' hari ini


  • Relaks
  • Sabtu, 21 Jan 2023

Alec Baldwin kini menjalani perbicaraan kes bunuh seorang sinematografi.

BERITA popular berdasarkan carian tertinggi di Google pada Sabtu yang dipilih oleh Majoriti untuk para pembaca.

1. Jakub Kiwior

jk

Jakub bakal menyertai Arsenal.

Sejak minggu lepas, pembaca disajikan dengan pelbagai berita perpindahan pemain bola terutamanya antara kelab Chelsea dan juga Arsenal.

Terkini, dikhabarkan bahawa Arsenal akan membawa masuk bintang Poland iaitu Jakub Piotr Kiwior yang kini beraksi bersama kelab Poland, Spezia Calcio.

Kiwior juga merupakan pemain skuad utama Poland yang pernah dipuji rakan senegaranya, Robert Lewandowski iaitu bekas pemain Bayern Munich.

Kehebatan Kiwior itu disedari oleh Lewandowski ketika aksi perlawanan persahabatan menentang Belanda.

Bekas pemain PSG, Thiago Motta juga memberi pujian kepada Kiwior yang mampu beraksi di pelbagai posisi selain sebagai pemain pertahanan.

2. Alec Baldwin

alec

Alec berdepan tuduhan membunuh.

Carian popular tertinggi seterusnya tentang nasib pelakon dan juga pengarah, Alec Baldwin yang diheret ke mahkamah kerana membunuh tanpa niat, Halyna Hutchins iaitu seorang sinematografi.

Kejadian itu berlaku ketika Alec sedang berlatih adegan untuk filem Rust yang dirakam di Sante Fe, New Mexico pada Oktober 2021.

Setelah siasatan dilakukan, pihak mahkamah mengambil keputusan untuk mengatakan bahawa kes itu merupakan kecuaian, bukan kemalangan seperti apa yang disangka.

Pendakwa raya kes itu, Carmack-Altwies berkata, Alec tidak akan terlepas hukumun jika didapati bersalah walaupun statusnya sebagai seorang pelakon.

Meskipun kes itu masih berjalan, penggambaran filem tersebut akan diteruskan seperti biasa.

3. Noni Madueke

madueke

Noni Madueke, pemain bola yang berasal daripada London

Prestasi 'ping-pong' skuad Chelsea memaksa kelab itu untuk menyambar seorang lagi pemain bagi mengharungi saki baki Liga Perdana Inggeris.

Penyerang kelahiran London, Noni Madueke menjadi rekrut terbaharu The Blues apabila menandatangani kontrak bersama pasukan Chelsea selama tujuh tahun termasuk pilihan untuk melanjutkan kontrak tambahan 12 bulan.

Madueke berpindah ke kelab London itu dengan nilai £30.5 juta(RM 161 juta).

Setakat ini, Madueke merupakan pemain bola yang keenam yang menandatangani kontrak bersama Chelsea untuk musim perpindahan Januari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram