BEKAS penjaring terbanyak Liga Colombia, Ayron del Valle dikhabarkan bakal memperkuatkan Selangor FC mengharungi saingan Liga Super 2023.
Lahir pada 27 Januari 1989, pemain yang memiliki ketinggian 1.75 meter mampu beraksi sebagai pemain sayap, penyerang dan tengah menyerang ini dijangka bergandingan dengan Faisal Halim serta mengisi kekosongan ditinggalkan Herlison Caion.
Pemain ini memulakan karier profesional pada 2006 bersama Expreso Rojo sebelum menyertai beberapa kelab gergasi di Colombia.
Berdasarkan maklumat terkini Wikipedia, Selangor FC menjadi kelab baharu Santacruz bagi musim 2023.
Malah beberapa blog dan portal bola sepak turut mengaitkan perpindahan pemain tersebut ke skuad Gergasi Merah pada musim ini.
Ayron del Valle pernah merangkul anugerah hatrik penjaring terbanyak tiga tahun berturut sejak 2014/15. — Agensi
Apa yang lebih mengejutkan gambar teka teki yang dimuat naik oleh media Selangor FC menemui padanan sama dengan susuk tubuh Ayron del Valle.
Namun rata-rata penyokong di Facebook tidak bersetuju dengan kehadiran pemain ini ke kem Gergasi Merah kerana umurnya yang sudah lanjut.
"Aduhh dah barai, umur 33 tahun jangan jadi macam De Paula sudah," kata @Fsl_Kurok.
"Boleh jadi pemain ini sebab gaya sama macam dalam bayang-bayang pemain import Selangor," ujar @Aizatiskandar_.
"Kenapa ambil yang dah berusia?" soal @Njmihmd.
Ayron del Valle berpengalaman luas di Liga Colombia. — Agensi
Selain terkenal dengan kelincahan dalam mengawal bola, Ayron del Valle juga difahamkan kerap turun untuk mendapatkan bola dan memberikan tekanan kepada pertahanan lawan.
Penyerang berasal dari Colombia berusia 33 tahun ini berpengalaman luas di Liga Colombia dan musim lalu beraksi untuk Once Caldas, berjaya ledak 11 gol empat assist dalam 35 penampilan di Primera A. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram