SUSULAN pemecatan Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin oleh Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat, dalam tempoh kurang 24 jam beliau dikhabarkan bakal menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan penasihat pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).
Perkara itu dikongsikan menerusi status yang dimuat naik oleh pemilik kelab tersohor itu, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) pada Sabtu malam.
Menurutnya, Khairy bakal dilantik sebagai CEO dan penasihat muda skuad JDT pada masa akan datang.
"CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor," tulis baginda di laman Insta Story miliknya.
Dalam masa yang sama, bekas Menteri Kesihatan itu juga sempat memanjatkan rasa syukurnya terhadap jawatan berkenaan di laman Insta Story miliknya.
Tangkap layar Insta Story Khairy.
Menerusi perkongsian Khairy mengenai jawatan baharunya itu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu percaya bahawa pintu rezeki sentiasa di tangan ALLAH meskipun baru sahaja beliau dipecat dari parti kesayangannya.
"Satu pintu tertutup, satu lagi terbuka. Rezeki di tangan ALLAH," tulisnya sambil memuat naik semula status TMJ.
Lantikan Khairy sebagai CEO dan penasihat JDT yang baharu dilihat satu keputusan yang bijak dilakukan oleh Tunku Ismail berikutan semua sedia maklum beliau pernah menyandang Menteri Belia dan Sukan dari 2013-2018.
Khairy yang pernah menggangap KBS umpama cinta pertamanya itu pasti dapat menjaga dan melakukan tugas yang baik dalam memacu JDT menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang.
Untuk rekod, minat Khairy terhadap pembangunan bola sepak juga dapat dilihat apabila beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram