[VIDEO] Penumpang mata keranjang, celupar 'ditendang' keluar pesawat


  • Benua
  • Selasa, 24 Jan 2023

Kedua-dua penumpang diarahkan keluar selepas salah seorang daripada mereka melakukan serangan seksual kepada pramugari.

DUA penumpang pesawat milik syarikat penerbangan antarabangsa, SpiceJet terpaksa diarahkan untuk meninggalkan kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi selepas bertindak kurang sopan ketika hendak berlepas Hyderabad, India pada Isnin.

Menerusi satu kenyataan daripada SpiceJet, kedua-dua mereka diarahkan untuk bertindak demikian sebelum diserahkan kepada pihak keselamatan untuk tindakan susulan.

"Pada 23 Januari, penerbangan SG-8133 yang dijadualkan dari Delhi ke Hyderabad menggunakan pesawat dari syarikat Corendron. Ketika hendak berlepas, seorang penumpang didapati berkelakuan kurang sopan.

"Ini termasuk mengganggu dan melakukan kekacauan terhadap kru penerbangan dan mereka menghubungi pihak terlibat. Sehubungan kes itu, mereka diarah untuk meninggalkan pesawat dan diserahkan kepada pihak keselamatan," kata kenyataan itu.

Insiden itu sebelum ini tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berusia difahamkan bertikam lidah dengan seorang pramugari sebelum cuba ditenangkan penumpang lain.

Menurut laporan awal, kejadian tersebut berlaku selepas penumpang itu menyentuh kru berkenaan dengan tidak sopan meskipun ia masih tidak disahkan pihak SpiceJet.

Selain itu, siasatan lanjut turut mendapati seorang lagi yang terlibat dalam kekecohan itu ialah kenalan terhadap lelaki yang pada awalnya berkeras untuk tidak meninggalkan pesawat itu.

Setakat ini, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima aduan dan permohonan maaf daripada kedua-dua lelaki itu secara bertulis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram