Antara sebab utama 3 nama bakal jadi buah mulut selepas 'Derby Pantai Timur'


  • Podium
  • Rabu, 18 Jan 2023

KUFC akan menentang Terengganu FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Terengganu pada Sabtu depan.

PEMINAT bola sepak di Pantai Timur pastinya tidak sabar hendak menantikan perlawanan antara Kelantan United FC (KUFC) dan Terengganu FC (TFC).

Sebelum bermulanya Liga Super musim depan, perlawanan ini pastinya antara yang dinantikan oleh peminat bola sepak tempatan.

Jurulatih KUFC, Thomas Trucha sebelum ini memaklumkan yang perlawanan ini adalah sebagai pentas untuk menguji pemain dan taktikal pasukan.

Namun, di sebalik 'Derby Pantai Timur' ini, ada beberapa perkara yang dijangka menjadi tumpuan kedua-dua penyokong menerusi perlawanan itu.

Thomas-Trucha-Piala-Malaysia-2021-mengujakan-2022-e1636615693843

Thomas Trucha — Facebook/Penang FC

Jurulatih KUFC, Trucha baru sahaja menjadi jurulatih KUFC dan penyokong pastinya menunggu apa yang boleh dilakukan olehnya.

Ini merupakan ujian pertama buat jurulatih dari Republik Czech itu untuk memimpin skuad Kelantan.

Selain itu, memimpin KUFC juga ibarat kembalinya Trucha ke dalam Liga Super selepas bersama dengan Penang FC sebelum ini.

Untuk rekod, Penang FC memecat pengendalinya, Trucha susulan prestasi hambar yang dipamerkan kelab itu sejak saingan Liga Super Malaysia membuka tirai Mac lalu.

Penang FC dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, kelab itu mengucapkan penghargaan kepada khidmat yang diberikan jurulatih itu sehingga membawa kelab berkenaan menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim lepas.

8ef86aba-4638-47eb-86cc-709c39fb324b-1000x665

Ivan Mamut — Facebook/TFC

Dalam perlawanan persahabatan itu, penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut dijangka akan membuat penampilan sulung selepas dibawa masuk dari kelab Romania, FCSB.

Pemain itu diambil dengan reputasi dan tanggungjawab besar untuk menggantikan dua penyerang berbisa, Tchetche Kipre dan Kpah Sherman yang meninggalkan pasukan itu.

Selain itu, ia merupakan platform terbaik until Mamut membuktikan kebolehannya di hadapan ribuan penyokong yang dijangka bakal menyaksikan perlawanan itu secara langsung.

Ketinggiannya yang mencecah 1.92m itu pada awalnya dibandingkan dengan Kpah yang pernah muncul sebagai satu ancaman buat pihak lawan apabila dia mudah menanduk bola ke dalam gol.

Jadi, dengan pertembungan dengan Kelantan itu, dia akan berpeluang untuk mempamerkan kemahirannya untuk menggunakan kelebihan fizikalnya bagi kelebihan pasukan.

1760948

Nik Sharif Haseefy — Facebook/TFC

Selepas kerap disisihkan daripada skuad Selangor FC, Nik Sharif Haseefy mengambil keputusan untuk menyertai pasukan Pantai Timur itu secara pinjaman pada awal 2022.

Tetapi, hal tersebut jelas membuahkan hasil apabila pemain sayap itu kerap membantu TFC dengan kelincahannya dalam melepasi benteng perlawanan.

Oleh itu, dengan dia mengambil keputusan untuk kekal, Nik Sharif difahamkan akan memikul tanggungjawab untuk menggantikan pemergian bintang pasukan, Faisal Halim.

Walaupun ia merupakan satu tugas yang besar, pengalamannya beraksi bersama skuad Sang Penyu serba sedikit memberikannya kemampuan untuk mengubati kerinduan penyokong terhadap Mickey.

Di samping itu, pertembungan bersama skuad The Red Warriors itu juga akan menjadi satu medan untuknya membuktikan keputusan TFC untuk mengekalkannya berbaloi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram