Misteri bagasi hitam tepi ‘highway’ dekat Rawang rupanya disumbat mayat sekerat tanpa kepala


  • 112
  • Selasa, 17 Jan 2023

Sebuah bagasi berisi keratan mayat manusia dijumpai di tepi Lebuhraya PLUS, berhampiran susur Rawang Selatan pada pagi Selasa. — Facebook

SEBUAH bagasi hitam yang mengandungi beberapa bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan, Selangor pada pagi Selasa.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, beg berkenaan ditemukan orang awam kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis berjaya menemukan beberapa anggota badan daripada bahu ke pinggang yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.

"Identiti mangsa belum dikenal pasti dan anggota badan berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya,” katanya.

Shafaaton berkata, kepala, tangan dan kaki mangsa masih belum ditemui.

"Jantina dan identiti mayat masih belum dapat ditentukan kerana mayatnya tidak lengkap dan tiada dokumen pengenalan diri di tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, setakat ini polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram