PENANTIAN aktres dengan bakat luar biasa, Tan Sri Michelle Yeoh selama bertahun akhirnya berbaloi, apabila wanita itu dinobatkan memenangi Anugerah Wanita Terbaik Golden Globe bagi filem Everything Everywhere All At Once.
Pengiktirafan tersebut membuatkan pemilik nama Michelle Yeoh Choo Kheng, 60, menjadi selebriti Malaysia pertama menjulang trofi antarabangsa itu.
Setelah beberapa dekad bergelumang dalam industri lakonan, Michelle Yeoh akhirnya mampu tersenyum lebar apabila perjuangannya berbaloi.
Usaha keras Michelle Yeoh dan dia mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon yang turut terlibat dalam filem tersebut antaranya Stephanie Hsu, Key Huy Quan dan Jamie Lee Curtis.
Michelle Yeoh menggenggam trofi 'keramat''.
"Saya menantikan selama empat puluh tahun dan tidak terfikir untuk melepaskan peluang yang ada. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan pernah bekerjasama.
"Ini adalah perjalanan yang menukjubkan dan perjuangan luar biasa untuk berada di sini. Saya masih ingat mula-mula datang ke Hollywood dahulu dan kini segalanya sudah menjadi realiti.
"Dahulu saya datang dan diberitahu bahawa minoriti dan tidak mungkin akan berjaya untuk mencipta nama. Begitu juga dengan kurang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya.
Situasi diskriminasi yang dihadapinya sebagai pelakon muda ketika itu saat mengimbau semula kenangan awal menceburi bidang lakonan.
Barisan pelakon filem Everything Everywhere All At Once.
Seiring dengan perjalanan waktu, pelakon yang masih kelihatan jelita itu sudah memahami asam garam dan sepak terajang anak seni.
"Saya mungkin berada di pada masa di mana saya terfikir, ayuh! Saya bekerja keras dan berpeluang untuk bekerjasama dengan beberapa orang yang terbaik. Semuanya bagus sehinggalah datang Everything Everywhere All At Once," jelasnya.
Kejayaan aktres filem Crouching Tiger, Hidden Dragon itu menjadi sebutan dan hangat diperkatakan tidak hanya di Malaysia, tetapi begitu juga di industri Hollywood.
Michelle Yeoh bersama aktor Henry Golding.
Untuk rekod, Michelle Yeoh mewakili Malaysia ke pertandingan Ratu Dunia 1983 di London, Britain dan kemudian mengembara ke Australia sebelum berjaya memenangi pertandingan Miss International Tourism Quest.
Menariknya, beliau bergandingan dengan Jackie Chan dan menarik minat penerbit filem Hong Kong sebelum sering berlakon dalam filem aksi dan seni mempertahankan diri.
Antara filem lakonannya Tomorrow Never Dies, Memoirs Of A Geisha, The Lady, The School For Good and Evil, Guardians of The Galaxy Vol 2, Avatar 5 dan Crazy Rich Asians. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram