Peledak Terengganu tiba di Pahang, 3 sebab kenapa penyokong perlu rasa teruja


  • Podium
  • Selasa, 17 Jan 2023

Lucas Silva (baju kuning) bakal mendapat gandingan baharu untuk musim depan. — Facebook/SriPahang

SRI Pahang belum lagi mengumumkan kemasukan penjaring terbanyak Piala Malaysia musim lalu iaitu Kpah Sherman.

Setakat ini, kemasukan bekas pemain Terengganu FC itu masih lagi menjadi khabar angin namun hanya menanti hari untuk disahkan pengurusan Tok Gajah.

324666872_492078816418908_7970157117953493556_n

Kpah Sherman dilihat sudah menjalani latihan bersama Tok Gajah. — Facebook/TokGajah.com

Ini kerana sebuah page Facebook penyokong Sri Pahang, TokGajah.com memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Kpah menghadiri sesi latihan pasukan itu.

Jika benar kemasukan Kpah bersama skuad yang dibimbing Fandi Ahmad itu, sudah pasti Tok Gajah bakal menjadi ancaman pasukan lain dalam Liga Super musim depan.

Berikut, Majoriti senaraikan tiga sebab mengapa penyokong Sri Pahang berhak teruja jika pemain kelahiran Liberia yang juga penyerang terbaik dalam negara menyertai Tok Gajah musim depan.

298386123_1526096704487672_977228405989936541_n

Kpah Sherman mempunyai ketajaman untuk menjaringkan gol. — Facebook/TFC

Bahagian serangan garang

Baru-baru ini, Sri Pahang telah menandatangani bekas peledak Harimau Kumbang, Lucas Espindola untuk musim depan.

Bekas ketua pasukan Penang FC itu sememangnya dikehendaki oleh banyak pasukan termasuk kelab lain di rantau Asia Tenggara dan ini membuktikan kemampuan Lucas.

Kpah ketika bersama TFC pada awal musim lalu mendapat kritikan kerana agak tumpul di bahagian serangan.

Namun, menuju ke penghujung liga, dia membuktikan kemampuan sebenarnya hingga bergelar penjaring terbanyak Piala Malaysia bersama penyerang JDT, Bergson da Silva.

Kpah mempunyai nafsu menjaringkan gol yang cukup tinggi dan jika Lucas dapat membantunya, tak mustahil bahagian serangan Sri Pahang digeruni pasukan lawan.

kpahsherman

Fizikal yang tegap dan tinggi menjadi kelebihan Kpah Sherman sebagai penyerang. — Facebook/TFC

Fizikal

Memiliki ketinggian 1.83 meter, Kpah dilihat mempunyai kelebihan dalam perebutan bola di udara.

Selain itu, Kpah juga mempunyai kepantasan dalam mengawal bola dan ini memberi kelebihan kepada Sri Pahang.

Lucas boleh membantu mencipta peluang untuk Kpah menjaringkan gol dan Sri Pahang kini hanya perlu mencari pemain sayap sahaja.

Jika Sri Pahang mempunyai pemain sayap yang mampu membuat hantaran lintang dengan baik, maka segenap ruang di bahagian depan boleh digunakan untuk mencari gol.

Kpah-Sherman-Kedah-Melaka-United-2021

Kpah Sherman mempunyai pengalaman dalam liga tempatan sejak 2017. — Facebook/KDAFC

Pengalaman Liga Super

Kehadiran Kpah dalam Liga Super bukan baru untuk pemain ini menyesuaikan diri dengan cuaca dan corak permainan.

Malah, pemain berusia 30 tahun ini sudah beraksi sejak 2017 bersama kelab MISC-MIFA.

Selepas itu, Kpah juga mempunyai pengalaman bersama Selangor II, Kedah dan TFC.

Pengalaman ini sudah cukup luas untuk Kpah menyesuaikan diri dalam Liga Super walaupun bersama TFC, dia pernah dikritik.

Tetapi, bila dapat sahaja momentum, dia menjaringkan tujuh gol bersama satu bantuan jaringan dalam hanya lima perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram