Gempak! Jutaan peminat asyik terokai dunia fiksyen, 5 permainan video jadi punca


  • Hobi
  • Selasa, 17 Jan 2023

Kecanggihan teknologi memberi peluang penggemar membuat pilihan terhadap pelbagai tawaran permainan dalam talian yang masing-masing mempunyai tarikan tersendiri. — Agensi

TENTU sahaja setiap daripada kita memiliki hobi dan aktiviti kegemaran untuk dilakukan pada waktu lapang.

Variasi pilihan sama ada melakukannya di dalam rumah atau di luar. Paling penting, apa yang dilakukan itu memberi kepuasan tersendiri dan menghiburkan.

Begitu juga dengan bermain permainan video yang menawarkan pengalaman menyeronokkan.

Masakan tidak, bermain permainan video seperti 'menyelam' ke dunia fiksyen yang dapat membentuk personaliti berbeza daripada realiti.

Oleh itu, Majoriti senaraikan lima permainan dalam talian yang menjadi pilihan ramai.

PUBG

ezgif-5-de7af9a0e0

Permainan video ini dibangunkan oleh PUBG Corporation dan boleh dimainkan secara mudah alih sama ada di XBOX, iOS, komputer (PC) atau Android.

Dianggarkan memiliki lebih 100 juta pemain dan menjadi antara permainan dalam talian paling popular 2022.

Permainan ini turut boleh membolehkan sehingga 99 pemain serentak dalam satu.

Grafik dan visual yang kelihatan realistik membuatkan permainan ini berbeza daripada biasa selain dapat menguji kepintaran pemain untuk merangka strategi bagi menewaskan musuh.

Minecraft

minecraft-house-ideas-ultimate-survival-house

Dilancarkan pada 2011 oleh Majong Studios, permainan ini boleh dimain secara mudah alih di Microsoft Windows, Mac OS dan Linux.

Permainan ini mempunyai beberapa mod di mana pengguna perlu bertahan membina kubu, kediaman atau perkampungan secara tiga dimensi (3D).

Apa yang menarik, visual watak berbentuk kotak membolehkan pemain membangunkan seni bina bangunan, haiwan, manusia dan makanan.

Apex Legends

ezgif-5-b91c470d7c

Boleh dimainkan di Microsof Windows, Playstation 4 dan XBOX, permainan ini berjaya menarik lebih 50 juta pemain dalam talian bagi tempoh sebulan.

Dilancarkan pada 2019, permainan Apek Legends merupakan salah satu permainan medan perang.

Apex Legends juga dikatakan sebagai salah satu permainan video adiwira angkasa terbaik pada 2022.

Fortnite Battle Royale

Fortnite_blog_patch-v-1-6---fortnite-battle-royale_Fortnite_BR_Key-Art_w-Logo_ENG-1920x1080-3e2ce1453476b725fa59e7aeb6ecb90e4b75a0df

Memiliki lebih 45 juta pemain dalam talian sejak diperkenalkan pada 2017, Fortnite Battle Royale mula meledak pada 2018.

Difahamkan permainan ini menyasarkan kaum Adam sebagai pengguna utama berbanding PUBG yang bersifat terbuka terhadap semua jantina.

Permainan ini boleh dimainkan di XBOX, iOS, komputer (PC) dan Android.

Counter-Strike

Counter-Strike-Global-Offensive-Source-2-Engine-672x372

Permainan ini boleh dimainkan di XBOX 360, OS X, Microsoft Windows, Play Station 3 dan Linux selain memiliki 35 juta pemain dalam talian.

Peminat permainan misi menyelamat ala pasukan khas boleh bermain permainan ini yang menawarkan pengalaman menguji minda dalam mewujudkan strategi perlawanan terbaik.

Menghapuskan musuh adalah objektif utama khusus memastikan tawanan tebusan pengganas terselamat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram