Campur tangan Hannah Yeoh ditagih, pemain Sarawak makin tertekan isu tunggakan gaji


Pemain dan staf kejurulatihan mengharapkan tindakan tegas daripada Hannah Yeoh.

BEKAS pemain dan staf kejurulatihan Sarawak United FC difahamkan semakin tidak berpuas hati dan mendesak campur tangan segera berikutan isu tunggakan gaji sejak 2022.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka mendedahkan bahawa kelab tersebut masih belum melangsaikan hutang berbentuk bayaran gaji sehingga tiga bulan termasuk bonus.

Walaupun sebelum ini pihak pengurusan berjanji untuk melunaskan bayaran, beberapa pemain mendakwa ia hanya kata-kata kosong daripada mereka.

Jadi, dalam usaha perkara itu tidak berlanjutan, mereka berharap tindakan tegas dapat diambil Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terhadap isu berkenaan.

"Kami teguh bersama Sarawak United walaupun pasukan kami berdepan isu kewangan. Untuk memudahkan cerita, pihak pengurusan berhutang dengan kami sehingga tiga bulan.

"Ada yang diberikan janji menerusi surat dan secara berdepan. Mereka memberi kata-kata seolah-olah bayaran tertunggak akan diselesaikan sebelum penghujung tahun lepas," katanya.

1553948

Pemain Sarawak United mendakwa pihak pengurusan masih belum melangsaikan hutang gaji. Facebook/Sarawak United FC

Tambahnya, campur tangan daripada Hannah dan Kementerian Belia dan Sukan mampu sedikit sebanyak mengubah nasib mereka di samping memastikan masa depan yang lebih baik dalam sukan tersebut di negara ini.

Selain Sarawak United, Melaka United merupakan sebuah lagi pasukan yang terpalit dengan isu gaji sehingga mendesak pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menolak penyertaan mereka dalam Liga Super.

Pada Ahad, beberapa tonggak utama skuad Ngap Sayot, termasuk Raja Imran Shah dan Stuart Wark menjelaskan isu yang dihadapi mereka sepanjang berada bersama pasukan itu.

Jelas mereka, terdapat segelintir pemain yang terpaksa menggadai rumah dan mengikat perut untuk kelangsungan hidup selepas lebih daripada tiga bulan tidak diberikan gaji. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan