Flash Cup SEA Open buka peluang kaki FIFA23 bersaing di Asia Tenggara


  • Podium
  • Sabtu, 14 Jan 2023

Kejohanan Tournaments Flash Cup Sea menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM10,839.

BAGI menghargai sokongan peminat eSukan yang menyokong perkembangan permainan video FIFA 23, PlayStation memperkenalkan kejohanan Flash Cup SEA Open.

Pertandingan ini menggunakan format 1v1 dan mode FIFA Ultimate Team (FUT) dan mempunyai empat minggu pusingan kelayakan.

Setiap perlawanan akan mendapat tiga mata jika menang dan akan ada satu mata bagi sesiapa yang tewas.

Pengasas Gamesbond, Suki Lee berkata, kejohanan Flash Cup SEA Open merupakan anjuran Playstation dan terbuka untuk semua pemain eSukan sekitar Asia Tenggara.

"PlayStation Tournaments Flash Cup SEA Open merupakan kejohanan komuniti anjuran PlayStation yang kini sedang berlangsung bermula Disember sehingga Februari.

"Kejohanan ini terbuka untuk semua pemain FIFA23 yang berasal dari Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia," katanya pada Majoriti.

Orang ramai perlu menyertai kejohanan ini untuk cuba mengasah bakat dengan bertemu pemain lain di serantau Asia Tenggara.

Tambahnya lagi, terdapat dua cara untuk menyertai kejohanan ini dan perkara itu mudah buat semua pemain eSukan FIFA 23.

"Terdapat dua cara untuk sertai kejohanan ini, yang pertama, anda boleh layari laman sesawang play.eslgaming dan cari “Flash Cup SEA Open”.

"Pemain juga boleh daftar menerusi konsol PS4 dengan hanya perlu pergi ke tab “Event” di menu PlayStation dan pilih permainan FIFA23.

"Selepas itu, pastikan anda daftar di setiap pusingan yang tertera," ujarnya.

Kejohanan ini terbuka untuk semua pemain FIFA23 yang berasal daripada Malaysia, Singapore, Thailand, dan Indonesia.

Menurut Suki, format pertandingan Playstation Tournaments Flash Cup Sea menggunakan format 1v1 dan setiap minggu mempunyai pusingan kelayakan.

"Kejohanan ini menggunakan format 1v1 dan mode FIFA Ultimate Team (FUT) dan pertandingan ini mempunyai 4 minggu pusingan kelayakan.

"Setiap minggu pusingan kelayakan mempunyai 10 perlawanan dan setiap perlawanan yang dimenangi akan mendapat 3 mata dan kalah 1 mata.

"Setiap perlawanan akan dimainkan satu kali sahaja. Dua pemain yang mengumpul mata tertinggi setiap minggu pusingan kelayakan akan mara ke pusingan Grand Final pada Februari 2023," jelasnya.

Antara pemain terkenal yang akan sertai pertandingan Playstation Tournaments Flash Cup Sea.

Selain itu Suki berkata, orang ramai perlu menyertai kejohanan ini untuk cuba mengasah bakat dengan bertemu pemain lain di serantau Asia Tenggara.

"Kejohanan ini sedikit sebanyak bakal membantu para pemain untuk mengasah bakat dalam permainan FIFA23.

"Selain daripada itu, kejohanan ini juga menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM10,839," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram