SAMA ada anda suka bermain permainan video atau tidak pernah memegang alat joystick, pasti perkataan eSports atau eSukan sesuatu yang tidak asing lagi.
Industri yang dianggarkan bernilai hampir RM6 bilion pada 2020, dengan beberapa pemain sudah bersaing untuk hadiah terkumpul sehingga RM100 juta, eSukan juga sukar difahami dan tidak sama seperti sukan yang biasanya dikaitkan dengan persaingan pada skala global.
Disebabkan itu, Gamesbond (GB) antara syarikat yang bertanggungjawab mewujudkan komuniti eSukan dalam negara dengan pelbagai program yang dianjurkan termasuklah menyertai JDT Fan Fest yang bakal berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Ibrahim, Johor bermula pukul 10 pagi sehingga 6 petang, Sabtu (24 Disember 2022).
Pasukan GBX akan tampil garang pada tahun depan dengan menetapkan beberapa sasaran.
Menurut Pengurus eSukan Gamesbond, Aris Danial, 23, penyertaan GB dalam JDT Fan Fest bertujuan meraikan musim pertama kolaborasi diantara JDT dan GBX Esports.
"Musim ini merupakan musim pertama kolaborasi diantara JDT dan GBX Esports, jadi ini boleh dikatakan program pertama yang turut disertai oleh pasukan JDT|GBX Esports.
"Untuk program kali ini kita lebih memfokuskan untuk memeriahkan suasana di sekitar perkarangan stadium," katanya pada Majoriti.
Tambahnya lagi, pasukan GBX akan tampil garang pada tahun depan dengan menetapkan beberapa sasaran.
"Perancangan kami pada musim depan tetap sama, iaitu kami ingin terus mencipta kejayaan dan ultimate goal kami adalah untuk melayakkan diri sekali lagi ke pentas utama kejohanan FIFAe," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia berharap agar orang ramai hadir bagi memeriahkan program tersebut.
"Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan lagi JDT Fan Fest bermula pukul 10 pagi sehingga 6 petang.
"Pelbagai aktiviti diadakan dan yang paling penting, nak main PS5? Datang ke booth JDT | GBX Esports!" ujarnya.
JDT | GBX Esports sah dinobatkan sebagai juara Unifi ePiala Malaysia 2022.
Terdahulu, JDT | GBX Esports sah dinobatkan sebagai juara Unifi ePiala Malaysia 2022 selepas berjaya menumpaskan Terengganu FC di pusingan akhir kejohanan tersebut pada Jumaat.
JDT|GBX yang diwakili pemain-pemain handal seperti Chamack, Akmal, dan Halowake berjaya mengalahkan pasukan Terengganu 4-3 pada peringkat Grand Final.
Sebelum itu, JDT | GBX berjaya mengangkat nama Malaysia apabila ditempatkan dalam ranking 14 pasukan esports terbaik di dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram