Usia bukan penghalang, kudrat 3 kuda tua import masih ditagih kelab Liga Super


  • Podium
  • Jumaat, 13 Jan 2023

Baha Abdel Rahman pada musim lalu menjadi antara kuda tua import yang tidak menjadi hingga digugurkan Selangor FC. — Facebook

BERMULA Februari depan, kancah bola sepak tempatan akan kembali meriah dengan permulaan Liga Super.

Ketika ini juga beberapa pasukan sedang giat melakukan persiapan terakhir termasuk memilih pemain yang akan dipertaruhkan untuk saingan musim depan.

Bermacam strategi digunakan setiap pasukan untuk memastikan mereka berada dalam kelompok teratas liga.

Ada yang menggunakan khidmat ubi muda dan ada juga bergantung harap kepada kemampuan dan pengalaman yang dimiliki kuda tua.

Berikut Majoriti senaraikan tiga kuda tua import yang diharapkan pasukan untuk saingan Liga Super musim depan.

EDINBURGH, SCOTLAND - JANUARY 3 : Morgaro Gomis of Heart of Midlothian during the Scottish Championship match between Heart of Midlothian F.C. and Hibernian F.C. at Tynecastle Stadium on January 3, 2015 in Edinburgh Scotland. (Photo by Mark Runnacles/Getty Images)

Morgaro Lima Gomis

Tindakan yang berani diambil oleh Kelantan United apabila menandatangani pemain import dari Senegal, Morgaro Lima Gomis.

Beraksi di bahagian tengah, pemain ini sebenarnya sudah berusia 37 tahun dan kalau diikutkan sudah cukup tua untuk bermain bola sepak.

Tetapi Gomis mempunyai pengalaman yang cukup luas apatah lagi sebelum ini pernah beraksi dalam liga tempatan bersama Kelantan The Red Warriors (TRW) pada 2016 hingga 2018.

Bukan itu sahaja, Gomis juga mempunyai minit perlawanan yang tinggi ketika bersama pasukan di Liga Scotland, Clyde FC dengan lebih 50 penampilan.

Pengalaman ini pastinya ditagih oleh Kelantan United apatah lagi pasukan ini banyak mempertaruhkan pemain muda untuk musim depan.

a4d655c284fbc4a020dd01b59962f8362225e84b

Diogo Luis Santo

Sama seperti Gomis, Diogo Luis Santo juga antara kuda tua import yang menjadi taruhan kelab terkemuka Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT).

Faktor umur Diogo dilihat JDT sebagai satu perkara kecil jika dibandingkan dengan pencapaiannya di Liga Thailand pada musim lalu.

Untuk rekod, Diogo telah menjaringkan 17 gol dalam 27 perlawanan bersama dengan kelab Thailand, BG Panthum serta membantu kelab itu bergelar juara liga musim 2020/2021.

Selain itu, Diogo juga sebelum ini pernah membantu JDT meraih kejuaraan Liga Super (2019,2020), Piala Malaysia (2019) dan Piala Sumbangsih (2019,2020).

Pastinya rekod-rekod dan pengalaman ini yang membuatkan Diago dilihat kuda tua yang cukup berkuasa untuk memacu pasukan meraih kejayaan.

1872090 (1)

Tchetche Kipre

Digugurkan daripada Terengganu FC, ramai penyokong yang terkilan sebenarnya kerana Tchetche Kipre mempunyai kemampuan yang cukup tinggi walaupun sudah berusia 34 tahun.

Malah, selepas digugurkan Sang Penyu, ada yang mengatakan aksi Kipre mungkin sudah tidak ditagih dalam Liga Super sehinggalah KL City mengambilnya.

Untuk rekod, kecemerlangan Kipre bersama Terengganu sebelum ini sering menjadi ancaman kepada pasukan lawan.

Kini, beraksi di KL City, pemain kelahiran Ivory Coast itu dijangka tampil lebih garang apabila digandingkan dengan Romel Morales. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram