Bintang HM muncul pemain pertama Malaysia beraksi liga Korea


  • Podium
  • Jumaat, 13 Jan 2023

Pemain berusia 24 tahun itu membuka lembaran baharu dalam kariernya sebagai pemain bola sepak. — Instagram/kogiraj1021

PENYERANG sayap Harimau Malaya, R Kogileswaran mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemain tempatan pertama yang beraksi di Liga Korea.

Menerusi satu hantaran di Instagram peribadinya pada Jumaat, bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC itu mengesahkan dia akan menyertai kelab divisyen dua Korea Selatan, Chungbuk Cheongju dengan kontrak setahun.

"Saya sudah menandatangani kontrak bersama kelab K2, Chungbuk Cheongju FC pada Selasa (10 Januari). Tiba di Bangkok pada Khamis (12 Januari) untuk menyertai sesi pra-musim.

"Saya tidak sabar untuk memberikan yang terbaik sepanjang cabaran baharu ini sekali gus membanggakan Malaysia," katanya.

Musim lalu, pemain berusia 24 tahun itu menjadi antara watak penting skuad The Phoenix apabila menjaringkan dua gol dalam lapan penampilan Liga Super.

Namun, dengan pembubaran pasukan Lembah Klang itu, Kogi memilih untuk meraih pengalaman di kelab luar dalam usaha mengembangkan lagi sayapnya bersama skuad kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram