Juara eFootball pilih PS5 berbanding Xbox X untuk merasai pengalaman berbeza


  • eSports
  • Sabtu, 31 Dis 2022

Mohd Nor Haikal muncul sebagai pemenang kategori eFootball.

TAHUN 2022 akan menutupkan tirainya beberapa jam lagi, namun perdebatan konsol mana yang lebih baik masih menjadi pendebatan orang ramai sama ada Sony dan Microsoft.

Kedua-dua syarikat tersebut telah memberikan yang terbaik mengenai konsol baru mereka iaitu Playstation 5 (PS5) dan Xbox Series X.

Kita bermula dengan Xbox Series X, processor milik Xbox X lebih baik berbanding dengan PS5.

Namun, perbezaan tersebut tidak akan mengganggu kualiti dan konsentrasi ketika bermain kedua-dua konsol itu.

JDT-E

Norhaikal pernah bergandingan dengan pemain JDT, Mohamadou Sumareh dalam kejohanan eFootball. Facebook/JDT

Menurut pemain profesional eSukan, Mohamad Norhaikal berkata, antara PS5 dan Xbox dia lebih memilih PS5 kerana banyak kejohanan dipertandingkan menggunakan konsol itu.

"Saya memilih PS5 sebagai pemain profesional kerana banyak kejohanan di Malaysia dan di peringkat antrabangsa menggunakan konsol PS5.

"Selain itu, komuniti PS5 di Malaysia juga ramai dan sentiasa berkongsi terhadap perkara-perkara baru," katanya pada Majoriti.

Menurutnya lagi, PS5 mempunyai controller yang lebih selesa serta mempunyai kualiti gambar yang lebih berkualiti.

"Bagi pendapat saya controller PS5 lebih selesa dan tiada masalah untuk bermain begitu lama ini kerana controller Xbox agak kecil dan kurang selesa untuk tangan saya yang agak besar.

"Malah PS5 lebih berkualiti dari segi grafik kerana pengalaman saya bermain di PS5 dan monitor yang mempunyai 4k antara satu padanan yang baik dan memberikan pengalaman yang bagus apabila kita main lama," ujarnya.

8H5ZqSzzZGPn8sWXGZcTeK-1200-80

Xbox Series X, processor milik Xbox X lebih baik berbanding dengan PS5.

Tambahnya lagi, orang ramai di Malaysia lebih memilih PS5 berbanding Xbox dan kos konsol dari syarikat Sony itu lebih berbaloi.

"Saya rasa PS5 lebih ramai yang mencari kalau kita tengok di pasaran kebanyakan semua dah habis dijual.

"Jadi PS5 lebih ramai yang memilih dan mempunyai peminat yang ramai di Malaysia.

"Pendapat saya PS5 lebih berbaloi dengan harga yang diberi walaupun harga lebih tinggi dari Xbox tapi dengan harga yang tinggi tapi dapat barang yang puas hati dan boleh diguna yang jangka masa yang panjang," jelasnya.

Norhaikal lebih memilih PS5 berbanding Xbox X.

Norhaikal berkata, jika diberi pilihan bermain dua konsol ini selama lebih dari satu jam dia memilih PS5 kerana teruja dengan setiap minit yang ditawarkan.

"Saya lebih selesa bermain di PS5 jika bermain dengan agak lama.

"Saya pernah bermain lapan jam di konsol PS5, saya bermain game efootball dan setiap minit saya teruja untuk bermain berapa lama yang saya mahu," luahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram