Didakwa belot, fans Tok Gajah ‘sumpah’ Lee Tuck terkena badi Sumareh


  • Podium
  • Ahad, 25 Dis 2022

LEE Tuck sebelum ini mempamerkan aksi cemerlang bersama Sri Pahang, selain memperkuatkan skuad Harimau Malaya di pentas Piala AFF 2022 sebaik memperoleh proses naturalisasi pada Ogos.

PEMAIN tengah berpengalaman, Lee Tuck pada Sabtu mengumumkan yang dia tidak lagi bersama dengan Sri Pahang.

Pemain berusia 34 tahun itu mengucapkan selamat tinggal ketika baru sahaja 'dibantu' oleh skuad Tok Gajah untuk memperoleh taraf naturalisasi pada 31 Ogos lalu.

1858497 (1)

Tuck kini sudah beraksi bersama skuad kebangsaan. — Facebook

Malah, Tuck juga ketika itu sempat berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab kerana menyokongnya sepanjang proses untuk menjadi pemain naturalisasi.

Disebabkan itulah yang membuatkan penyokong Tok Gajah berasa terkilan dengan keputusan pemain kebangsaan itu untuk meninggalkan pasukan.

Laman Facebook Hogoh Pahang Hogoh turut melahirkan rasa kecewa dengan menganggap Tuck sebagai pemain yang tidak mengenang budi.

Malah, laman Facebook penyokong itu berharap Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dapat berbuat sesuatu terhadap Tuck.

"Sila aktif semula klausa lima tahun selepas naturalisasi barulah boleh bermain Liga Malaysia ke atas Tuck.

"Ini kerana rayuan kebenaran bermain semasa kejohanan Piala Malaysia dibuat oleh Sri Pahang dan hanya untuk pemain naturalisasi Tok Gajah, bukan dari pasukan baharunya.

"Pembaharuan rayuan oleh pasukan yang punyai pemain yang baru dinaturalisasi atas tiket kelab diwakili adalah sebagai langkah kawalan dan syarat rukun kesetiaan," katanya.

KUANTAN, 3 Ogos -- Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh (kiri) cuba mengawal bola sambil diasak oleh pemain Pulau Pinang, Yoges A Muniandy pada aksi perlawanan bolasepak Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam ini.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sumareh adalah pemain yang dinaturalisasikan ketika bersama Pahang.

Selain itu, beberapa penyokong lain yang tidak berpuas hati juga beranggapan bahawa Tuck akan terkena 'badi' prestasi merudum seperti pemain sebelum ini.

"Tengok Sumareh, belot dengan Sri Pahang, apa sudah jadi sekarang. Selepas ini Tuck pula, tak percaya tengoklah," kata Zaidy Dee.

Senada dengan kenyataan itu, seorang lagi penyokong Sri Pahang, Biru Mat HitamKu turut menganggap jangka hayat karier Tuck tidak akan panjang.

"Jangan risau. Kebanyakan pemain yang belot dengan pasukan berhantu ini tidak akan lama hayat kariernya.

"Masalah prestasi akan menghantui pemain tersebut. Percayalah. Kita boleh lihat mana-mana pemain yang keluar dari Pahang dan kemudian jadi tukun dalam pasukan," dakwanya.

Untuk rekod, Tuck beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak 2017 apabila dia menyertai Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu pada 2018, lalu bersama Sri Pahang pada musim lalu.

Terbaharu, terdapat khabar yang mengatakan bahawa Tuck kemungkinan besar akan disambar dua kelab yang sudah lama memburunya iaitu Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram