Cuaca buruk antara cabaran terbesar operasi SAR tragedi tanah runtuh Batang Kali


  • 112
  • Ahad, 25 Dis 2022

Insiden tanah runtuh yang meragut nyawa 31 mangsa di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor pada Jumaat minggu lepas.

KEADAAN cuaca hujan dan risiko tanah runtuh antara cabaran yang perlu dihadapi pasukan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, walaupun berdepan dengan cabaran sebegitu, pasukan penyelamat berjaya mencari kesemua mangsa tragedi tanah runtuh itu.

"Keselamatan pasukan yang terlibat dalam operasi ini turut diberi keutamaan, syukur kita bernasib baik kerana operasi SAR berjalan lancar," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.

Acryl Sani berkata, tenaga kerja dan aset yang terlibat dalam operasi SAR itu lebih daripada mencukupi.

“Sebanyak 12 jentera berat termasuk aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut digunakan dalam operasi ini,” ujarnya.

Acryl Sani juga berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) kerana memberi kerjasama dengan tidak mengganggu operasi SAR.

“Kita tidak boleh menggunakan khidmat mereka kali ini kerana kawasan tanah runtuh ini berisiko tinggi dan memerlukan peralatan khas serta kepakaran," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram