Peminat JDT mula spekulasi, petik 4 nama bintang tepati ciri-ciri disebut TMJ


  • Podium
  • Khamis, 01 Dis 2022

TMJ berkongsi pada penyokong bola sepak visi dan misi JDT pada musim depan serta beberapa perubahan dalam kem Harimau Selatan.

DULI Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim membuat pengumuman rasmi mengenai perancangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Perkara tersebut diberitahu menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Facebook rasmi JDT iaitu JOHOR Southern Tigers pada Rabu.

Dalam video tersebut, TMJ memberitahu hala tuju JDT dan perubahan dalam skala yang besar akan dilakukan bagi musim depan.

Antaranya ialah menandatangani pemain-pemain import baharu bagi memperkuatkan lagi JDT dalam semua pertandingan domestik dan antarabangsa yang akan mereka tempuhi.

TMJ turut mendedahkan bahawa JDT akan menandatangani dua pemain import dari Sepanyol, Brazil dan seorang pemain tempatan.

Justeru, Majoriti menyenaraikan empat rumours pemain baharu yang dengarnya bakal menyertai JDT pada musim depan:

4517387

Diogo kini merupakan ejen bebas selepas dilepaskan BG Pathum United. Agensi

1. Diogo Luís Santo (Brazil)

Nama pemain kelahiran Brazil ini bukan asing lagi buat penyokong JDT apabila dia pernah berkhidmat untuk Harimau Selatan pada 2019 hingga 2020.

Ketika bersama JDT, Diogo berjaya menjaringkan 18 gol dalam 37 penampilan di dalam semua kejohanan yang disertai JDT.

Ketika ini status Diogo ialah ejen bebas selepas dia tidak lagi disambungkan kontrak oleh pasukan dari Thailand, BG Pathum United.

Sepanjang berkhidmat di JDT, Diogo berjaya membantu Harimau Selatan memenangi Liga Super dua musim berturut-turut.

2022071413162266657

Arribas mempunyai kerakyatan dari Filipina. Agensi

2. Oscar Arribas (Sepanyol + Filipina)

Pemain berusia 24 tahun ini berkemungkinan bakal menjadi pemain baharu JDT bermula musim depan.

Ini kerana TMJ menyatakan salah seorang pemain import JDT ialah pemain dari Sepanyol yang mempunyai kerakyatan salah sebuah negara di rantau Asia Tenggara.

Menurut laman sesawang Transfermarkt, Arribas mempunyai kerakyatan dari Filipina dan persoalan sama ada dia bakal sertai JDT musim depan semuanya akan terjawab tidak lama lagi.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak, Arribas hanya menyertai dua buah kelab iaitu AD Alcorcón dan FC Cartagena.

Menguatkan lagi spekulasi ini apabila JDT turut pernah menandatangani beberapa pemain kacukan dari Filipina seperti Carli de Murga dan Bienvenido Marañón.

SEVILLE, SPAIN - FEBRUARY 11: Alejandro Papu Gomez of Sevilla FC in action during the LaLiga Santander match between Sevilla FC and Elche CF at Estadio Ramon Sanchez Pizjuan on February 11, 2022 in Seville, Spain. (Photo by Fran Santiago/Getty Images)

Gomez kini beraksi di La Liga bersama kelab Sevilla. Agensi

3. Papu Gomez (Argentina)

Pada Ogos 2022, TMJ pernah memuat naik satu ciapan di Twitter menyatakan hasrat untuk membawa masuk bintang kebangsaan Argentina, Papu Gomez yang ketika ini bersama kelab Sevilla.

Gomez ialah pemain pasukan kebangsaan Argentina yang ketika ini sedang bermain di dalam kejohanan Piala Dunia Qatar 2022.

Gomez merupakan seorang pemain yang boleh beraksi sebagai penyerang, pemain sayap dan pemain tengah.

Pemain berusia 34 tahun ini banyak menghabiskan karier sebagai pemain bola sepak di negara Eropah seperti Liga Ukraine, Itali dan Sepanyol.

Dia juga pernah menyarung jersi pasukan San Lorenzo (Argentina), Metalist Kharkiv (Ukraine), Atlanta (Itali) dan kini Sevilla (Sepanyol).

Di dalam video itu, TMJ menyatakan bahawa akan ada dua pemain dari Sepanyol akan sertai JDT dan ketika ini kita semua tahu bahawa Gomez sedang beraksi di Liga utama Sepanyol bersama Sevilla.

1711629

Syihan merekodkan tujuh 'clean sheets' dalam 22 aksi Liga Super. Facebook/NSFC

4. Syihan Hazmi (Malaysia)

Antara nama yang dikatakan mampu menggantikan Farizal untuk satu tempoh yang panjang ialah benteng terakhir Negeri Sembilan FC, Syihan Hazmi Mohamed.

Kemampuan dan prestasinya musim ini berjaya mencuri tumpuan ramai selepas dia mengharungi sebanyak tujuh perlawanan Liga Super tanpa dibolosi dalam 22 perlawanan.

Namun, kebelakangan ini, khabar angin itu semakin kuat bertiup dengan jendela perpindahan semakin hampir selain kesukaran Negeri Sembilan untuk menepis segala percubaan untuk mendapatkan khidmat Syihan.

Di samping itu, prospek untuk beraksi di pentas Asia pastinya sukar ditolak pemain berusia 26 tahun itu dengan skuad kendalian K Devan gagal menamatkan saingan Liga Super di tangga dua teratas musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Perpindahan, JDT, Papu Gomez, TMJ, Syihan Hazmi