Penyerang utama Thailand sah ke TFC, kali pertama beraksi di Liga M


  • Podium
  • Khamis, 22 Dis 2022

Adisak menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Terengganu FC pada Khamis. — Facebook/Terengganu FC

BAGI meningkatkan jentera serangan untuk musim depan, Terengganu FC mengambil keputusan membawa masuk penyerang kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn.

Musim lalu, pemain berusia 31 tahun itu beraksi bersama Muangthong United dengan dia menjadi salah satu penggempur terbaik Liga 1 Thailand dengan dia menjaringkan empat gol dalam 12 aksi liga.

Namun, baru-baru ini, media luar melaporkan Adisak tidak akan kekal bersama kelab tersebut apabila dia kerap dipinjamkan ke beberapa kelab sejak tahun-tahun lepas.

Laporan tersebut turut menyebut pemain tersebut sudah menetapkan hatinya ke naib juara Liga Super 2022 itu dengan kelayakan ke Piala AFC musim depan menjadi satu tarikan utama.

Adisak ketika ini bersama skuad kebangsaan Thailand dalam kempen Piala AFF dengan dia sebelum ini pernah bergelar penjaring terbanyak pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram