[VIDEO] Ubi muda JDT diam-diam asah tanduk bersama The Bos Gaurus, harap boleh 'selevel' Arif Aiman


  • Podium
  • Selasa, 20 Dis 2022

Amirul Husaini (depan) merupakan prospek muda JDT sebelum berhijrah ke Perak FC musim ini. — Facebook

DI sebalik keterujaan penyokong Perak FC menyaksikan pengendali pasukan The Bos Gaurus (TBG), Lim Teong Kim menguji barisan pemain baharu ketika aksi menentang Young Singh Hatyai United (YSHU) baru-baru ini, ada susuk pemain muda yang mencuri perhatian.

Pemain yang dimaksudkan ialah Amirul Husaini Zamri yang bermain di posisi penyerang dan bergandingan dengan Amirul Akmal, seorang lagi penyerang yang ditandatangani daripada skuad FAM-MSN.

Amirul Husaini mencetak nama sebagai salah seorang penjaring dalam perlawanan yang menyaksikan skuad Seladang memperoleh kemenangan 4-2.

Selain pemain berusia 22 tahun itu, turut meledak gol buat TBG dalam perlawanan menentang kelab divisyen tiga Liga Thailand itu ialah Syukri Baharun, Shafizi Iqmal dan Oswyn Lim.

DjCElHbVAAEGyic

Amirul Husaini (depan, kiri) ketika bersama skuad Piala Presiden JDT. — Facebook

Berdasarkan transfermarkt.com, Amirul Husaini ditandatangani dari skuad Johor Darul Takzim (JDT) II.

Amirul Husaini memulakan karier di JDT III dan pernah menjadi watak penting apabila membantu pasukan layak ke pusingan separuh akhir Piala Presiden 2018.

Bersama skuad kedua Harimau Selatan, Amirul Husaini pernah beraksi ketika saingan Liga Perdana 2021.

Aksi Amirul Husaini bersama Perak FC ketika aksi persahabatan menentang YSHU pada Ahad Lalu. — Facebook

Bekas pemain kebangsaan skuad bawah 16 tahun (B-16) juga pernah diturunkan ketika aksi persahabatan menentang Tampines Rovers FC dan Geylang International FC pada 2020.

"Nampak masa depan Amirul Husaini di Perak FC. Umur pun dah 22 tahun, aksi friendly pun dah tunjuk taring, harap boleh jadi selevel Arif Aiman," kata Rosli Jaafar.

"Mantap Amirul Husaini... padu Perak musim depan ni," tambah Halil Rozie.

319089099_449285887392411_4552472058332682223_n

Amirul Husaini (dua dari kanan) antara lima pemain baharu yang ditandatangani Perak FC baru-baru ini. — Facebook

Sejak menyertai Perak FC, Teong Kim yang juga bekas jurulatih pasukan remaja Bayern Munich begitu agresif merekrut pemain-pemain muda dari Projek FAM-MSN.

Skuad Seladang sudah ditandatangani nama-nama termasuk bekas pemain Sarawak United FC, Raja Imran Shah, Ahmad Haziq Puad (bekas pemain Melaka United FC) dan Hafizal Alias (Terengganu FC).

Selain itu, Fadhil Idris (bekas bintang Melaka United FC), Oswyn Lim (bekas pemain KL City FC) dan Sunil Chandran (PJ City FC).

Antara pemain lain yang sudah diumumkan menjadi sebahagian daripada skuad Seladang ialah dua pemain muda, Harith Naem dan Ilham Aqil, serta penjaga gol Melaka FC, Bryan See. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram