Ubi muda JDT beri 'hint' bakal ke Kedah, ikut jejak abang tinggalkan Harimau Selatan


  • Podium
  • Ahad, 18 Dis 2022

Tangkap layar status Instastory yang dimuat naik ubi muda JDT ibarat memberi 'hint' kehadirannya bersama pasukan Kedah.

KELAB bola sepak yang bersaing dalam Liga Super musim depan nampaknya semakin ligat mencari pemain-pemain baharu untuk memantapkan pasukan.

Malah, khabar angin penghijrahan pemain ke kelab baharu juga saban hari menjadi bualan. Ada yang mendapat respons positif penyokong, begitu juga sebaliknya.

WhatsApp Image 2022-12-17 at 9.10.01 PM

Alfi Rasid antara pemain yang membantu JDTIII bergelar juara Piala Presiden tahun ini.

Ibarat mengikut jejak langkah abangnya, pemain muda JDT III, Alfi Rasid juga dilihat seperti akan bersama dengan kelab baharu, Kedah Darul Aman.

Alfi yang juga adik kepada pemain sayap pasukan kebangsaan, Safawi Rasid itu seperti memberi 'hint' menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi status Instastory miliknya, pemain tengah JDTIII itu memuat naik gambar pintu gerbang Kedah bersama dengan emoji hati berwarna hijau kuning.

WhatsApp Image 2022-12-17 at 9.06.25 PM

Alfi Rasid (kanan) bersama abangnya, Safawi Rasid.

Memperkuatkan lagi dakwaan itu adalah kerana dia menyertakan sekali emoji bola sepak dan lelaki berlari seakan ingin memberitahu penghijrahannya.

Untuk rekod, Alfi sebelum ini bermain untuk skuad JDTIII sejak 2020 dan dia antara pemain yang membantu pasukan itu menjuarai Piala Presiden 2022 selepas menewaskan Sri Pahang pada Ogos lalu.

Alfi sebelum ini memulakan karier bola sepak seperti abangnya dengan bermain dalam liga amatur di Terengganu.

Bersama pasukan Dspex FC yang berpengkalan di Dungun, Terengganu, Alfi pada 2018 turut membantu pasukannya bergelar juara Liga Premier bagi saingan Liga Amatur Terengganu (TAL).

Pada penghujung 2019, dia kemudian mengikut jejak langkah abangnya dengan menukar angin berhijrah ke JDT III. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram