[VIDEO] Kantoi lihat isteri 'bermesra' di pasar malam, suami cemburu buta nekad bunuh sepupu sendiri


  • Benua
  • Sabtu, 17 Dis 2022

Tangkap layar video yang memaparkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah selepas dibunuh sepupunya di Probolinggo, Indonesia pada Jumaat.

SEORANG lelaki maut selepas dibunuh sepupunya sendiri dalam kejadian di Probolinggo, Indonesia pada Jumaat.

Mangsa, Faisol, 30 dibunuh tidak jauh daripada rumahnya oleh suspek yang dikenali sebagai Bebun.

Difahamkan, pembunuhan berpunca daripada rasa cemburu selepas mangsa didapati keluar dengan isteri suspek kira-kira seminggu sebelum itu.

Bebun dikatakan terlihat isterinya dalam keadaan mesra bersama mangsa di pasar malam di Kampung Ambulu.

Perkara itu membuat suspek cemburu sehinggalah dia nekad melakukan pembunuhan ketika mangsa baru keluar dari rumahnya.

"Selepas pembunuh itu mendapati mangsa sudah mati, dia terus melarikan diri," kata Ketua Kampung Sumberbendo, Angga Dwi Reza.

Sementara itu, Jurucakap Polis Probolinggo, Zainullah berkata, pihaknya terus melakukan siasatan di lokasi kejadian selepas menerima aduan.

"Kita telah melakukan siasatan dan suspek telah ditahan tidak lama selepas kejadian itu berlaku.

"Maklumat lanjut masih tidak boleh dimaklumkan kerana siasatan masih dijalankan," katanya.

Terdahulu, kejadian pembunuhan itu menggemparkan penduduk setempat dan video mangsa berlumuran darah juga tular di media sosial. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram