
SUKARELAWAN tidak akan dibenarkan membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak tanah runtuh Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi SAR diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan mereka akan menentukan siapa yang boleh terlibat.
"Berdasarkan penilaian semasa kami di kawasan itu, keadaan tidak sesuai untuk orang ramai datang membantu.
"Operasi buat masa ini terhad kepada JBPM dan mereka akan memutuskan agensi mana yang boleh menyertai SAR," katanya.
Tambahnya, keputusan itu adalah kerana kawasan itu yang luas dan dikhuatiri boleh menjadikan keadaan kacau-bilau. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram