KERJAYA sebagai seorang pemain bola sepak memiliki tempoh 'kematangan' yang singkat selain berisiko untuk bersara awal sekiranya cedera atau tahap kecergasan menurun.
Oleh itu, penting bagi seseorang pemain itu memiliki pelan kedua yang mampu dijadikan cabang periuk nasi demi kelangsungan hidup pada masa depan.
Pemain perlu memanfaatkan kemuncak prestasi mereka untuk meluaskan rangkaian kenalan dan melebarkan lagi pengaruh terhadap peminat bola sepak.
Cara ini mampu membantu mereka untuk menjana wang sampingan yang akan mampu dijadikan 'back up' sekiranya hayat karier di atas padang terhenti.
Berikut merupakan beberapa pemain Liga Super yang memiliki 'kerjaya' kedua selain bergelar pemain bola sepak.
Faisal bijak mengatur langkah di dalam dan di luar padang. — Terengganu FC
Faisal memperkenalkan produknya yang bernama 'Sambal bilis siuuuuuuuuu!! kepada pengikut di Instagram.
1. Faisal Halim
Pemain sayap lincah ini bukan sahaja bijak mengatur strategi di atas padang, malah pintar menyusun atur masa depannya dengan menceburi bidang peniagaan.
Anak jati Pulau Pinang itu mengeluarkan produk makanan jenama sendiri iaitu Sambal Bilis Siuuuuuuu!!! yang mula dilancarkan pada Oktober lalu.
Serius untuk melebarkan lagi perniagaannya, pemain berusia 24 tahun itu membuka slot untuk 10 ejen bagi memasarkan produknya itu.
Faisal juga dilihat sering mempromosikan perniagaannya itu menerusi laman media sosialnya.
Park Tae-su sambung kontrak bersama Sabah FC untuk musim depan.— Bernama
Penyokong Sabah FC dapat menonton gelagat pemain-pemain mereka di luar padang menerusi saluran Karim Park.
2. Park Tae-su
Pemain import dari Korea Selatan ini bijak memikat hati penyokong tempatan terutama orang-orang Sabah dengan percubaannya untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan loghat Sabah.
Usahanya itu jelas dipaparkan menerusi saluran Youtube peribadinya bernama Karim Park yang kini mengumpul 1,170 pelanggan setakat ini.
Perkara dikongsi termasuklah momen-momen bersama keluarga, rakan sepasukan serta pengalamannya menerokai makanan dan tempat di Malaysia.
Saluran yang dimulakan pada 2021 itu sekiranya konsisten mampu membantu pemain berusia 33 tahun tersebut untuk menjana pendapatan sampingan persis pempengaruh.
Raja Imran bermain bersama pasukan Sarawak United FC pada musim 2022 sebelum berpindah ke Perak FC musim depan. — Sarawak United FC
Raja Imran membuka cabang 'karier' sebagai peragawan.— Instagram
3. Raja Imran Shah
Memiliki rupa tampan serta statusnya sebagai adik kepada model terkenal, Alicia Amin memudahkan hala tuju pemain Perak FC ini untuk memilih bidang peragaan sebagai kerjaya kedua.
Memulakan 'walk' pertamanya bersama jenama pakaian Emri Vision pada awal November, pemain berusia 24 tahun itu mendedahkan akan melakukan lebih banyak peragaan pada masa depan.
Berdasarkan video yang pernah dikongsi, Raja Imran kelihatan tidak kekok untuk memperagakan pakaian di hadapan ramai penonton.
Sekiranya 'kerjaya' ini diteruskan, sudah tentu Raja Imran mampu menguasai dua bidang iaitu bola sepak dan dunia fesyen. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram