Gambar bersama gadis tular, fans risau Arif Aiman terkena badi


  • Podium
  • Sabtu, 10 Dis 2022

Selain jersinya menjadi topik perbualan, Arif turut dipuji kerana memanfaatkan cutinya dengan menolong keluarga.

DI saat sebahagian rakan sepasukan rancak berkongsi momen-momen percutian di luar negara, bintang Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilihat terus hilang dari radar umum.

Pemain berusia 20 tahun tersebut mencatatkan rekod cemerlang pada masa ini dengan menghasilkan lapan gol dalam 38 penampilannya bersama Harimau Selatan.

Sebagai pemain sayap kanan, anak jati Pahang itu memainkan peranannya dengan begitu sempurna apabila menyumbangkan 20 bantuan gol kepada rakan sepasukan sepanjang musim ini.

Kemuncak kepada prestasi pemain berketinggian 170 meter pada musim ini adalah kemampuannya untuk menyumbat gol untuk pasukan JDT pada perlawanan persahabatan bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund pada November lalu.

Lebih mengangumkan ramai, Arif mengakui keazaman untuk memanfaatkan peluang bermain dengan pasukan Eropah mendorongnya meledakkan gol tersebut meskipun dia sedang sakit.

Dengan siri kecermerlangan tersebut, nama Arif sekali lagi dicalonkan untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) bagi kategori Pemain Paling Bernilai (MVP) yang akan diadakan pada 15 Disember depan.

Gambar dirakam oleh peminat bernama Ren tular di media sosial.

Bagaimanapun, tular sekeping gambar Arif bersama seorang gadis bernama Ren yang difahamkan merupakan seorang peminat setia pemain kesayangan ramai itu.

Gambar itu dirakam ketika gadis itu melawat ke kedai milik keluarga Arif di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Namun perkara yang menjadi tumpuan penyokong tempatan terhadap gambar tersebut bukanlah identiti gadis itu, tetapi baju jersi yang dipakai Arif ketika itu.

Arif menyarungkan jersi kelab gergasi Eropah, Manchester United (MU) bewarna merah sekali gus mencetuskan perbualan hangat antara penyokong bola sepak tempatan.

Salah seorang 'bekas' penyokong The Red Devils, Mohd Redzuan Samadi berseloroh dengan menyatakan dia risau sekiranya baju jersi MU itu bakal membawa badi kepada Arif.

"Risau tengok baju itu, katanya bawa tangkal suwey (malang). Ikhlas dari bekas peminat MU," katanya merujuk kepada prestasi Man United yang tidak menentu sejak pengurus, Sir Alex Ferguson meninggalkan kelab itu pada 2013.

Pitful Zeneca turut menambah 'troll' yang menghangatkan lagi perbualan berkenaan pakaian Arif: "Zuhud budak Aiman ni rupanye. Alas kaki dia pakai buat baju."

"Man jangan pakai baju 'mun nyet' man...rosak bakat ko nanti man," sambung Rosli Ramli yang tidak mahu terlepas memberi pandangan.

Jemy Oliver menambah: "Alahai, peminat MU rupanya, risau dia buat skill pusing-pusing macam Antony nanti." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram