KETIADAAN 14 tonggak utama Harimau Malaya memberikan harapan kepada muka-muka baharu untuk diturunkan dalam kesebelasan utama skuad negara menentang pasukan Kemboja pada perlawanan persahabatan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Bahkan, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon berjanji kepada penyokong tempatan bahawa beberapa pemain baharu akan ditampilkan pada perlawanan menentang pasukan di ranking ke-177 dunia itu.
Peluang ini bagaikan 'durian runtuh' buat pemain-pemain baharu yang seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk menonjolkan bakat terpendam mereka agar diberi kepercayaan untuk terus menyarung jersi Harimau Malaya pada masa depan.
Biarpun baru beberapa hari bersama jurulatih Korea Selatan tersebut, pemain-pemain baru kali pertama menyertai kem latihan dikatakan mampu mengikuti "DNA Malaysia” yang ditanam ke atas mereka.
Berdasarkan senarai pemain-pemain yang sudah melaporkan diri ke kem negara, Majoriti senaraikan tiga pemain wajar diberi tempat untuk perlawanan persahabatan pada Jumaat.
Hakim mampu memainkan peranan berbeza dalam sesuatu pasukan sekiranya diberi peluang.—Selangor FC
1. Hakim Hassan
Selain bermain di posisi tengah menyerang Selangor FC, Hakim memiliki kepantasan dan kebolehan menggelecek yang membolehkannya bermain di posisi pemain sayap.
Sebelum bermain bersama Selangor FC, pemain berusia 31 tahun tersebut pernah menyarung jersi MP Muar, Terengganu FC, T-Team dan PKNS.
Sepanjang kariernya, pemain kelahiran Kuala Terengganu ini telah meledakkan 15 gol dengan 15 bantuan gol sekali gus menjadikannya pengalamannya sangat berharga buat pasukan Harimau Malaya.
Berdasarkan rekod, kali terakhir Hakim diturunkan menentang pasukan antarabangsa bersama Harimau Malaya adalah pada perlawanan menentang Bhutan pada 2018.
Oleh itu, sudah masanya pemain berketinggian 1.65 meter ini diberi peluang untuk kembali mendapatkan minit permainan bersama skuad kebangsaan.
Quentin pernah kucar-kacirkan pasukan Laos pada perlawanan B23 pada musim lalu. —FAM
2. Quentin Chen
Pemain di posisi bek kanan Selangor FC ini merupakan salah seorang 'tanker' ampuh yang membantu memperkuatkan benteng pertahanan skuad Gergasi Merah pada kempen Piala Malaysia.
Peranannya sebagai pemain pertahanan tidak terhad sekadar menghalang jentera serangan lawan daripada menembusi gawang pasukannya, malah dia sering memberikan bantuan gol.
Berdasarkan rekod kariernya, pemain berusia 23 tahun ini telah melakukan sembilan bantuan gol dan mengumpul 4,501 minit permainan sepanjang 55 penampilannya dalam liga domestik.
Bersama skuad kebangsaan Bawah 23 (B-23), Quentin pernah menyumbang satu gol namun malangnya dia sering diletakkan di bangku simpanan sepanjang bersama skuad senior.
Justeru, Pan-gon perlu memberi kesempatan kepada Quentin untuk buktikan kembali kebolehannya sama seperti yang pernah dilakukannya sewaktu bersama skuad B-23.
Ruventhiran boleh merebut posisi Matthew. —The Star
3. Ruventhiran
Bekas pemain PJ City FC ini bukan sahaja berpengalaman bermain bersama skuad B-23, Ruventhiran turut meraih minit permainan bersama skuad senior.
Anak jati Selangor ini memiliki kebolehan yang verstail apabila mampu beraksi bersama jentera serangan mahupun membantu benteng pertahanan.
Namun kehadiran pemain warisan Johor Darul Takzim, Matthew Davies telah menyebabkan peluang pemain berusia 21 tahun itu untuk merebut posisi pertahanan Harimau Malaya agak terhad.
Memandangkan Matthew telah menarik diri daripada kempen kali Piala AFF kali ini, posisi tersebut wajar diberikan kepada Ruventhiran agar ketempangan tersebut dapat diisi.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram