Pan-gon terkejut ramai bintang HM tarik diri, fans kata memang patut malu dengan Dion Cools


  • Podium
  • Khamis, 01 Dis 2022

Pan-gon (kanan) ketika mengendalikan kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM pada Rabu. — Bernama

KEHILANGAN lebih sedozen pemain-pemain utama yang rela mewakili negara menjelang Piala AFF Mitsubishi Electric bermula 20 Disember depan sememangnya mengecewakan penyokong tempatan.

Selain masalah kecederaan, antara alasan 'panggilan' ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan-gon tidak disahut pemain adalah atas urusan peribadi dan komitmen keluarga.

Biarpun kem latihan Piala AFF berlangsung di luar kalendar FIFA dan Peraturan Status Perpindahan Pemain FIFA menyatakan bahawa kelab tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa, namun tindakan 14 pemain menarik diri membuatkan mereka disifatkan sebagai tidak patriotik.

KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon ketika mengendalikan latihan bagi pasukannya di Kem Latihan Pusat di Wisma FAM hari ini.Latihan yang bermula hari ini adalah bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja dan Maldives, masing-masing pada 9 dan 14 Dis ini sebagai persiapan menjelang Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penarikan diri secara beramai-ramai daripada bermain dalam skuad kebangsaan merupakan senario unik bagi Pan-gon.—Bernama

Lebih mengecewakan, Pan-gon dalam satu temubual media sendiri mengakui tidak pernah berdepan situasi begini ramai pemain utama menarik diri daripada skuad kebangsaan sepanjang karier kejurulatihannya.

Melihat kepada situasi itu, rata-rata peminat bola sepak membanjiri laman media sosial untuk meluahkan rasa kurang senang dengan mentaliti pemain-pemain tempatan yang hanya bermain untuk mendapatkan habuan besar.

Menurut salah seorang penyokong, Amirul Wafiy, sifat pemain-pemain tempatan yang memandang remeh misi kebangsaan membuktikan skuad Harimau Malaya tidak memiliki semangat yang akan membuatkan mereka mampu meraih tempat ke Piala Dunia.

"Nampak dah tu. Disiplin pemain dengan pengurusan sendiri pun tak boleh nak jaga. Angan-angan tinggi nak main Piala Dunia. Tapi perlawanan kebangsaan tak nak sertai.

Dion Cools sudah bertaraf antarabangsa, namun masih mahu berbakti untuk tanah air tanpa memilih kejohanan. FAM

"Konon cedera, tak sihat. Pemain luar negara hari ini main Liga Juara-Juara (UCL), minggu seterusnya dah perlu berlatih dengan pasukan kebangsaan.

"Patutlah boleh bersaing dengan pasukan Liga Super sahaja. Pada peringkat Asia dah out," jelasnya.

Sementara itu, Mohd Hafiez pula mahu pemain-pemain yang mnarik diri mencontohi pemain warisan, Dion Cools yang sudah bertaraf antarabangsa namun masih pulang menabur bakti.

"Malu kat Dion Cools. Standard main Eropah pun boleh balik. Nampaknya AFF kali ini kena bantai lagi dengan negara jiran macam AFF yang lepas," katanya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini memaklumkan 11 pemain JDT termasuk Arif Aiman Hanapi, Corbin Ong, Shahrul Saad, Matthew Davies dan Natxo Insa serta tonggak Sri Pahang, Nor Azam Azih tidak dapat menyertai kem kali ini atas pelbagai alasan seperti urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.

Kemudiannya pada hari pertama kem latihan pada Selasa, dua lagi pemain, Akram Mahinan dan Declan Lambert pula turut menarik diri daripada skuad kerana urusan peribadi.

Kehilangan ramai pemain ini menjadikan hanya tinggal 28 pemain untuk diuji sebelum senarai akhir 23 pemain dimuktamadkan.

Malaysia akan terlibat dengan perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Disember depan depan dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras pada 14 Disember sebelum memulakan cabaran pada saingan Piala AFF dari 20 Disember hingga 16 Januari tahun depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram