Misi tewaskan Wales, England tagih sentuhan bintang Man City


  • Podium
  • Isnin, 28 Nov 2022

Terdapat desakan daripada penyokong yang mahu Phil Foden diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Wales pada awal pagi Rabu. — Agensi

PENGURUS England, Gareth Southgate bercadang untuk membuat perubahan pada kesebelasan utama pasukan The Three Lions bagi menghadapi pasukan Wales dalam saingan kumpulan B kempen Piala Dunia 2022.

Southgate sering menggunakan pemain sama dalam kesebelasan utama termasuk ketika menentang Amerika Syarikat dan Iran ketika dua aksi pembukaan kumpulan B.

Selepas bermula garang dengan membaham Iran menerusi kemenangan 6-2, England tampil lesu dengan keputusan 0-0 ketika menentang Amerika Syarikat dalam saingan kumpulan.

Southgate yang juga bekas pemain skuad antarabangsa England berusia 52 tahun itu boleh membuat perubahan ketika menentang Wales pada awal pagi Rabu dan membuat penggiliran pemain sepanjang kejohanan itu berlangsung.

0_GettyImages-1444982651

Southgate boleh membuat perubahan dalam percaturan pemain ketika England menentang Wales pada Selasa ini. — Agensi

Barisan kejurulatihan England juga sebelum ini menekankan kepada pemain bahawa pemain gantian adalah lebih penting dalam sesuatu perlawanan.

Dengan lima pertukaran dibenarkan dalam setiap perlawanan, mereka boleh memberi impak besar kepada permainan yang berlangsung dalam keadaan cuaca panas serta lembap.

Terdapat desakan daripada penyokong yang mahu Phil Foden diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Wales.

Ini selepas penjaring Manchester City itu hanya sekadar memanaskan bangku simpanan ketika pertembungan England dengan Amerika Syarikat.

Pemain tengah, Bukayo Saka dan penyerang England, Raheem Sterling pula bergelut untuk mengulangi persembahan mengagumkan mereka selepas skuad The Three Lions itu membelasah Iran 6-2.

England's forward Harry Kane attends an England training session at St George's Park in Burton-on-Trent, central England, on July 5, 2021. - England take on Denmark at Wembley on July 7, 2021 in the semi-finals of the UEFA EURO 2020. (Photo by Paul ELLIS / AFP) (Photo by PAUL ELLIS/AFP via Getty Images)

Kane perlu direhatkan bagi membolehkan dia pulih ke tahap kecergasan terbaik akibat kecederaan yang dialami minggu lalu. — Agensi

Bekas bintang England, Alan Shearer, juga meminta Harry Kane direhatkan bagi membolehkan kapten pasukan itu pulih ke tahap kecergasan terbaik akibat kecederaan yang dialami minggu lalu.

Bagaimanapun, Southgate mungkin tidak akan mempertimbangkan untuk merehatkan Kane memandangkan bintang Tottenham itu dalam misi memecahkan rekod pemain prolifik England, Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak England di Piala Dunia.

Untuk rekod, Kane sudah mencetak 51 gol dalam 77 penampilannya bersama England manakala Rooney memegang takhta penjaring terbanyak England dengan 53 gol menerusi 120 penampilan.

Begitupun, Southgate bersedia untuk mengembalikan kesegaran kepada pasukan dengan membawa masuk pemain gantian pada perlawanan seterusnya, sekali gus memastikan slot pusingan kalah mati. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram