'Kami hanya suka wanita', respons Neymar isu protes lilitan 'One Love' di bumi Qatar


  • Podium
  • Ahad, 27 Nov 2022

Neymar menegaskan bahawa pasukan kebangsaan Brazil tidak berminat dengan isu lilitan kapten 'One Love'. — Agensi

BINTANG bola sepak Brazil, Neymar da Silva Santos Júnior, yang mesra dengan panggilan sebagai Neymar Jr memberikan jawapan yang jelas kepada isu LGBT di Piala Dunia 2022 Qatar.

Ketika sidang media, Neymar Jr ditanya pendapatnya mengenai sikap Jerman, Denmark dan England yang mahu memakai lilitan ‘One Love’ sebagai kempen hak LGBT.

Jawapan ringkas yang diberikan pemain Paris Saint-Germain (PSG), “Dalam pasukan kebangsaan, kami hanya suka wanita..."

Sebelum ini, semua pemain Jerman bertindak menutup mulut ketika sesi bergambar sebelum sepak mula menentang Jepun dalam saingan Kumpulan E di Piala Dunia.

Hal itu sebagai tanda protes kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melarang mereka memakai lilitan lengan pelangi.

Screenshot 2022-11-27 at 11.48.16 AM

Pemain Jerman menutup mulut ketika sesi bergambar sebelum memulakan perlawanan menentang Jepun di Stadium Antarabangsa Khalifa. Agensi

Lilitan yang tertera tulisan “One Love” bermaksud satu cinta merujuk kepada kebebasan untuk mencintai sesiapa sahaja termasuk pasangan sejenis.

Jerman berbuat demikian sebagai sebagai tanda protes kepada polisi kerajaan Qatar yang melarang perbuatan berkenaan kerana bercanggah dengan ajaran Islam.

Terdahulu, terdapat enam negara yang mencetuskan idea mahu memakai lilitan pelangi di Qatar tanda sokongan kepada golongan terpinggir LGBT.

Negara itu termasuk Jerman, Belanda, Perancis, Belgium, Denmark dan Switzerland.

FIFA menegaskan bahawa jika kapten pasukan memakai lilitan lengan 'One Love’, mereka akan dilayangkan kad kuning pada awal perlawanan, selain pemain dan persekutuan terbabit dikenakan denda dari segi kewangan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram