POLIS Belgium menahan seramai 12 individu selepas mencetuskan rusuhan di Brussels pada Ahad.
Rusuhan tersebut berpunca daripada kekalahan 0-2 Belgium di tangan Maghribi dalam perlawanan Piala Dunia di Qatar.
Dalam kejadian itu, sebuah kereta dan beberapa skuter elektrik dibakar.
Insiden itu berlaku di beberapa lokasi di seluruh bandar Belgium, yang mana berpuluh-puluh penyokong bola sepak - sebahagiannya memegang bendera Maghribi turut bertempur dengan pihak berkuasa.
Ini menyebabkan pihak berkuasa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata.
Jurucakap polis, Ilse Van de Keere berkata, rusuhan berjaya dileraikan dan keadaan kembali tenang sekitar pukul 7 malam.
"Perusuh menggunakan bahan piroteknik, peluru, kayu dan membakar kawasan di lebuh raya.
"Selain itu, seorang wartawan cedera di muka akibat terkena bunga api. Perkara tersebut memaksa campur tangan polis," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram