Revolusi berwajah baharu, seorang lagi tinggalkan TRW selepas Nixon


  • Podium
  • Khamis, 24 Nov 2022

Felipe meluahkan hal tersebut menerusi Instagram peribadinya pada Rabu. — Facebook/TRW

SUKA atau tidak, antara punca kegagalan Kelantan FC menjulang trofi Liga Perdana musim ini adalah kerana dikatakan kurangnya sumbangan daripada pemain import.

Buktinya, pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman turut menghantar surat amaran kepada pemain import Kelantan pada Ogos lalu dengan harapan prestasi mereka dapat diperbaiki.

Namun, semua itu tidak berhasil apabila Kelantan masih lagi ketinggalan sehingga dapat dipintas pasukan Johor Darul Takzim II pada September lalu.

Menerusi satu temu bual, Norizam mengumumkan bahawa dia akan membeli pemain import baharu yang berkualiti bagi menghadapi saingan musim depan.

Susulan itu, penyerang import dari Brazil, Nixon Guylherme di akaun Facebook peribadinya baru-baru ini seakan-akan mengesahkan pemergiannya meninggalkan naib juara Liga Super itu.

Kini, giliran seorang lagi pemain import Kelatan FC, Felipe Hereda menggunakan akaun Instagram rasminya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong-penyokong Kelantan FC.

"Tamat satu lagi cabaran. Masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Saya gembira menjadi sebahagian daripada pasukan ini serta puas hati dengan pencapaian kami.

"Terima kasih kepada semua orang di Kelantan terutamanya peminat. Saya berterima kasih atas sokongan anda dan kegembiraan yang anda berikan kepada kami sepanjang masa.

"Terima kasih atas kasih sayang dan rasa hormat yang saya terima sejak saya tiba di bandar anda. Saya mendoakan yang terbaik buat pasukan dan berharap tahun-tahun mendatang akan penuh dengan pencapaian," katanya.

Di ruang komen, peminat TRW, Basyar Mr. mendoakan kejayaan pemain 30 tahun tersebut pada masa akan datang.

"Sedih dengan hakikat bahawa kamu anda lagi wira Kelantan musim hadapan setelah persembahan mantap sepanjang musim ini.

"Semoga berjaya untuk masa depan anda, kami akan merindui anda dan semoga anda akan kembali bermain dengan kelantan pada masa akan datang," katanya.

Senario itu jelas membuktikan Kelantan FC berdepan revolusi baharu musim depan termasuk dikaitkan dengan P. Maniam yang disebut-sebut pengendali baharu TRW. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram