PERJALANAN Sabah FC dalam Liga Malaysia (Liga M) terhenti selepas tewas di tangan Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi separuh akhir kedua dengan keputusan menyaksikan agregat 1-4.
Keputusan akhir itu menyebabkan peluang Sabah FC semakin tipis untuk menempah slot kedua ke Piala Konfederansi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 selepas tiket pertama dirangkul oleh Terengganu FC selaku naib juara Liga Super.
Sabah FC kini perlu menanti keajaiban pada keputusan akhir pentas final iaitu perlawanan antara Selangor FC dan skuad Harimau Selatan.
Sekiranya Selangor FC tewas di tangan juara Liga Super dan Piala FA itu, tiket kedua ke kejohanan peringkat Asia secara automatik menjadi milik skuad The Rhinos.
Sehubungan dengan itu, sebagai langkah mempersiapkan diri ke saingan Liga M musim depan dan berkemungkinan ke Piala AFC, Sabah FC dikatakan sedang rancak dalam merekrut pemain berkualiti.
Terdahulu, pasukan Sang Badak difahamkan sudah menandatangani beberapa pemain senior iaitu penyerang Petaling Jaya City FC, Darren Lok, S Kumaahran dan pertahanan kenal Kuala Lumpur City, Irfan Zakaria.
Selain pemain senior tempatan, Sabah juga dikatakan bakal membawa masuk tonggak pertahanan JDT II, Muhammad Firdaus Kaironnisam pada musim depan.
Pemain berusia 19 tahun itu selepas menjaringkan gol ketika menentang Thailand pada kejuaraan B-16 AFC 2018. — Agensi
Firdaus Kaironnisam merupakan antara pemain muda di sebalik kejayaan skuad B-18 tahun dalam kejohanan Piala AFF B-18 Tahun di Vietnam pada 2019.
Bukan setakat anak kepada bekas pemain pertahanan negara, Khaironnisam Shahabudin itu, pasukan Sang Badak juga difahamkan akan merekrut jeneral tengah, Danial Haqim Deraman.
Sebelum menyertai JDT pada 2020, pemain berusia 24 tahun itu melakukan debut bersama Kelantan FC pada 2018, yang mana pengendalinya, Fajr Ebrahim berjaya 'mengorek' potensinya.
Selama dua musim bersama The Red Warriors (TRW), pemain kelahiran Kelantan itu diberi kepercayaan oleh pengendali dari Syria itu untuk tampil sebanyak 37 kali.
Ketika beraksi bersama TRW, tugas Danial Haqim pemain tengah, dia dilihat bijak membaca gerak geri lawan dan terkenal untuk melakukan terjahan keras secara taktikal dalam mendapatkan semula bola dari pihak lawan.
Danial Haqim itu juga merupakan barisan pemain bagi Kejohanan AFF Bawah 22 Tahun pada 2019. — Agensi
Danial Haqim boleh dikatakan salah satu pemain utama Fajr Ebrahim selama dua musim itu namun keputusannya untuk berpindah ke JDT mungkin sedikit sebanyak merencatkan prestasinya.
Dengan persaingan daripada pemain lain, Danial Haqim dilihat tidak mendapat minit permainan yang secukupnya.
Oleh itu, sekiranya pemain kebangsaan bawah 22 tahun itu berhijrah ke Sabah FC sama ada secara kekal atau pinjaman, ia akan membantu dirinya memburu minit permainan sebagaimana pemain pinjaman JDT II musim ini, Stuart Wilkin.
Stuart Wilkin menyertai The Rhinos secara pinjaman dari JDT II ketika jendela perpindahan hujung tahun lalu dan peluang itu tidak disia-siakan dengan sentiasa memberikan persembahan cemerlang buat Sabah FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram