Bukan saja Fadhli Shas, 2 lagi nama dikaitkan milik mutlak NSFC musim depan


  • Podium
  • Isnin, 21 Nov 2022

Beberapa nama besar dilaporkan menunggu masa membarisi kesebelasan utama skuad Jang musim depan. — Facebook/NSFC

KHABAR angin perpindahan pemain untuk bersama kelab baharu bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan makin banyak bertebaran khususnya di media sosial.

Tidak terkecuali kelab Negeri Sembilan FC (NSFC) yang sebelum ini dikhabarkan ingin memancing khidmat pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Fadli Shas.

Namun, pemain itu sendiri masih berteka-teki apabila memaklumkan yang dia belum ada kata putus untuk bersama skuad Jang atau tidak.

Selain itu, Majoriti difahamkan terdapat dua lagi pemain dikatakan bakal bersama pasukan kendalian K Devan itu musim depan.

182463252_1190634948036480_4122687742948804812_n

Mahali ketika beraksi untuk skuad PJ City. — Facebook

Antara yang disebut-sebut bakal berhijrah ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan ialah Mahalli Jasuli yang sebelum ini beraksi bersama dengan Petaling Jaya City.

Pemain di posisi pertahanan itu dikatakan sudah berada dalam senarai pemain NSFC untuk musim depan.

Kemasukan Mahalli juga dilihat sebagai strategi untuk menguatkan barisan pertahanan skuad Jang selepas Khuzaimi Piee didakwa bakal berpindah ke Selangor FC.

Paling mengejutkan, pemain Melaka United, Ifedayo Olusegun juga dikatakan hanya menunggu masa untuk menyarung jersi NSFC.

Pemain import dari Nigeria itu merupakan pemain yang cukup dikenali dalam Liga Super terutamanya ketika bersama Selangor FC.

B73A9CD4-A5D8-4087-BA6A-1E0410235A68

Ifedayo juga dikhabarkan akan bersama NSFC. — Facebook/Melaka United

Dua musim berturut-turut memenangi kasut emas atau penjaring terbanyak di Liga Super sebelum ini sudah cukup memberi gambaran bagaimana pemain ini begitu tajam di hadapan gol jika tidak dikawal dengan baik.

Namun, Ifedayo yang beraksi sebanyak 15 perlawanan hanya mampu mencetak tujuh jaringan dan dua bantuan gol semasa bersama Melaka United musim ini.

NSFC sebelum ini dikhabarkan ingin mengambil penyerang pasukan Sabah, Jose Embalo.

Namun, prestasi teruk dipamerkan pemain import kelahiran Portugal menyebabkan penyokong menolak kehadirannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram