Rebut hadiah RM30,000, 16 pasukan berentap meriahkan e-Piala Malaysia 2022


  • eSports
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Semua perlawanan akan disiarkan secara langsung di melalui Yotube unifi, Facebook MFL dan Gamesbond bermula pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam pada hari perlawanan.

KEJOHANAN Unifi ePiala Malaysia 2022 yang bakal berlangsung 21 hingga 25 November 2022 ini menjanjikan saingan lebih menarik menerusi format baharu pertandingan.

Kejohanan sukan elektronik bola sepak yang dikelolakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan kerjasama Gamesbond itu akan menggunakan format baharu iaitu format duo (dua pemain setiap pasukan) FIFA Ultimate Team bagi mengharungi pusingan kalah mati.

Hadiah keseluruhan sebanyak RM30,000 dan merupakan yang tertinggi setakat ini untuk kategori eSukan FIFA23.

Seramai 16 pasukan bertanding di ePiala Malaysia untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

HADIAH-TERKUMPUL

Hadiah keseluruhan RM30,000 merupakan yang tertinggi setakat ini untuk kategori eSukan FIFA23.

Menurut Pengurus eSukan GBX, Aris Danial, 23, kejohanan ePiala Malaysia 2022 pada tahun ini pastinya akan memberikan saingan sengit dan JDT||GBX turut akan memberikan tentangan yang hebat buat semua pasukan bertanding.

"Saingan ePiala Malaysia 2022 pastinya akan lebih sengit dan perkara ini dapat melebarkan lagi nama ePiala Malaysia untuk dikenali ramai.

"Sudah tentu di mana-mana kejohanan sekali pun, sasaran utama kami adalah untuk menjadi juara.

"Akan tetapi, pasukan yang bersaing di saingan unifi ePiala Malaysia sudah pasti akan memberikan tentangan sengit," katanya pada Majoriti.

Kejohanan berprestij ini menampilkan kelainan apabila format yang diperkenalkan menggunakan format 2v2 iaitu format yang sama digunakan di kejohanan dunia, FIFAe Club World Cup.

Perkara ini disambut baik oleh semua pasukan yang bertanding dan semestinya aksi yang lebih hebat akan dipamerkan di kejohanan ini.

PECAHAN-HADIAH

Seramai 16 pasukan bertanding di ePiala Malaysia untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

Sebanyak 32 pemain daripada 16 pasukan yang layak beraksi akan diundi bagi mewakili kelab-kelab yang bersaing dalam Piala Malaysia musim ini seperti KL City FC, JDT, Terengganu FC, Selangor FC, Kedah Darul Aman FC dan banyak lagi.

Semua perlawanan akan disiarkan secara langsung di melalui Yotube unifi, Facebook MFL dan Gamesbond bermula pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam pada hari perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram