Nixon, Felipe beri mesej tersirat bakal tinggalkan TRW?


  • Podium
  • Rabu, 16 Nov 2022

Masa depan Nixon (kanan) dan Felipe menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong TRW. — Facebook/Kelantan FC

KETIKA Kelantan FC dilihat sedang melakukan rombakan secara besar-besaran, beberapa pemain dijangka ditunjukkan jalan keluar ketika jendela perpindahan akan datang.

Antara wajah-wajah yang dikatakan tidak berada dalam perancangan The Red Warriors (TRW) ialah dua pemain import, Nixon Guylherme dan Felipe Hereda.

Hal itu adalah kerana sumbangan mereka sedikit terjejas musim ini dengan Nixon terlepas keseluruhan aksi Liga Perdana dengan kecederaan sementara Felipe dikhabarkan kurang menyerlah.

Perkara itu turut dilaungkan penyokong pasukan Pantai Timur tersebut yang memaksa pihak pengurusan untuk menggugurkan mereka daripada skuad akan datang.

Namun, pada Rabu, Nixon mencetuskan satu tanda tanya dalam kalangan penyokong menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook peribadinya.

315655538_844815739986222_1660584662866359870_n

Hantaran ringkas di laman Facebook Nixon timbulkan pelbagai spekulasi. Facebook/Nixon Guylherme 9

"Kami masih menunggu," tulisnya ringkas sambil menyertakan 'emoji' sedih dan kepenatan.

Hantaran yang dibuat pada Rabu itu juga disertakan satu swafoto bersama Felipe dengan kedua-dua mereka kelihatan sedang bersenang-lenang di lobi sebuah hotel.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, penyokong mula mempersoalkan makna tersirat di sebalik hantaran berkenaan dengan segelintir daripada mereka berasakan ada udang di sebalik batu.

"Adakah dua bulan gaji?" kata Wan Muhd Ridha.

"Menunggu gaji ataupun kontrak," soal Ariz Rashid.

Musim ini, Kelantan FC berjaya menamatkan saingan Liga Perdana di tangga kedua selepas mengumpul 37 mata daripada 18 aksi selain hanya mencatatkan tiga kekalahan.

Dalam saingan Piala Malaysia pula, anak-anak buah Rezal Zambery Yahya itu berjaya mara ke peringkat suku akhir sebelum disingkirkan juara Liga Super, Johor Darul Takzim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram