Calon Islamik cetus kontroversi, panaskan suasana kempen PRU15


  • Politik
  • Ahad, 13 Nov 2022

Beberapa kenyataan dikeluarkan pemimpin politik dilihat seperti terlalu sensitif.

PENGLIBATAN golongan agamawan seperti ustaz dan ustazah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai calon sudah ada sejak sekian lama.

Namun, PRU15 kali ini menyaksikan beberapa calon ustaz dan ustazah yang tiba-tiba menjadi tumpuan pengundi.

Berikut Majoriti senaraikan calon-calon PRU15 dalam kalangan agamawan yang menjadi bahan bualan pengundi.

WhatsApp Image 2022-11-13 at 2.30.54 PM

Tarik diri, tak nak lawan abang

Sebelum bermulanya kempen lagi, nama pendakwah bebas Datuk Kazim Elias sudah menjadi isu kerana menarik diri daripada dicalonkan untuk di Parlimen Larut atas tiket Barisan Nasional (BN).

Lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau enggan bertanding PRU15 kerana diletakkan di kerusi yang menyebabkan dirinya perlu menentang abangnya, Datuk Najmuddin yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional (PN).

Tindakan Ustaz Kazim itu juga kerana prinsipnya yang tidak mahu bertanding dalam bidang politik jika digandingkan bersama ahli keluarga yang lain selain menghormati amanat arwah ibunya.

211254gt06lt6dtzj5648d

Undi PH, BN masuk neraka

Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menerus ceramah kempennya bahawa sesiapa yang mengundi BN dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.

Ternyata, kenyataan itu mengundang padah apabila dia dikecam. Mohd Shahiful kemudian telah memohon maaf secara terbuka atas perbuatannya itu.

Namun, tindakannya itu ibarat mencalarkan imej PN sehinggakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga terpaksa meminta maaf terhadap mana-mana pihak yang tersinggung.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli turut memandang serius perkara itu dan memaklumkan akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis.

sanusi

Seksis

Isu ini melibatkan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mempertikai keupayaan calon wanita menjadi Ahli Parlimen Sik, Kedah.

Terdapat desakan untuk Muhammad Sanusi memohon maaf atas kenyataan yang berbaur seksi itu namun Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah tetap mempertahankan kenyataannya itu.

"Kesesuaian calon yang hendak diundi di Sik itu ialah calon lelaki. Itu satu hakikat, bukan saya seksis," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram