Jika tinggalkan Perak FC, 3 pasukan paling sesuai ikat pemain legenda ini


  • Podium
  • Selasa, 08 Nov 2022

Indra Putra Mahayuddin dikhabarkan akan meninggalkan Perak FC. — Facebook

KHABAR angin berkaitan perpindahan pemain ke kelab baharu untuk saingan Liga Super musim depan sudah bermula.

Beberapa nama pemain sudah mula dipetik akan keluar dan bersama kelab baharu termasuklah pemain senior Perak FC, Indra Putra Mahayuddin.

Pemain legenda Perak FC itu dikhabarkan akan keluar dari The Bos Gaurus namun belum disahkan akan menyertai kelab mana.

Bekas pemain kebangsaan itu sebelum ini kembali beraksi bersama Perak FC selepas 18 tahun meninggalkan pasukan tersebut.

Malah, pemain berusia 41 ini antara yang kekal bersama pasukan ketika kelab itu berdepan dengan masalah kewangan.

Jika benar Indra Putra bakal keluar dari Perak FC, berikut tiga pasukan yang berkemungkinan akan disertai pemain yang beraksi di posisi sayap itu.

1423674

Indra Putra sewaktu beraksi untuk KL City FC.

KL City FC

KL City sebelum ini memang dikenali kerana berani menggunakan khidmat kuda tua dalam pasukan antaranya Shukor Adan dan Safee Sali.

Ternyata percaturan yang dibawa KL City itu berjaya membawa impak positif buat pasukan.

Indra Putra sebelum ini pernah beraksi untuk KL City FC dan berjaya membantu pasukan memenangi Piala Malaysia pada 2021 selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.

Pemergian Shukor berkemungkinan boleh digantikan dengan Indra Putra untuk menyuntik lebih semangat kepada pemain muda KL City.

GEORGE TOWN, 8 Mac -- Pemain Melaka United Adriano Aprecido Narcizo (tengah) diasak pemain  Pulau Pinang pada perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya hari ini.-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penang FC bergelut untuk mengekalkan prestasi cemerlang pada Liga Super musim lalu. — Bernama

Penang FC

Penang FC memang bergelut untuk bersaing dalam Liga Super musim lalu sehingga mendapat cemuhan daripada penyokong.

Memasuki musim depan, sudah pasti Harimau Kumbang mahu membentuk pasukan yang terbaik namun perlu berhati-hati terutamanya daripada segi kewangan.

Jika Indra Putra mahu keluar, maka ini membuka ruang untuk Penang FC menggunakan khidmat pemain itu sebagai tulang belakang pasukan.

Malah, pengalaman yang dimiliki Indra Putra juga dapat digunakan sepenuhnya Penang FC untuk membimbing pasukan di atas padang.

553 (15)

Indra Putra dianggap pemain legenda buat Kelantan FC.

Kelantan FC

Pemergian Indra Putra ke Perak FC sebenarnya masih lagi menjadi ingatan buat penyokong Kelantan FC.

Malah, penyokong The Red Warriors juga menganggap pemain itu sebagai seorang daripada pemain legenda yang pernah dimiliki Kelantan.

Melihat kepada kestabilan skuad dan kewangan yang dimiliki Kelantan FC ketika ini, tidak mustahil jika pemain itu akan pulang beraksi untuk pasukan lamanya.

Untuk rekod, Indra Putra sudah beraksi bersama Kelantan pada 2009, 2010, 2012, 2013, 2016, 2017 dan pernah membantu pasukan itu bergelar juara Piala Malaysia pada 2010. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram