[VIDEO] Anak 'kantoikan' bapa berdua-duaan dengan skandal dalam kereta putih


  • Benua
  • Isnin, 07 Nov 2022

Tangkap layar video ketika remaja tersebut menangkap ayahnya bersama seorang wanita lain.

TINDAKAN seorang remaja lelaki yang menangkap bapanya ketika menjalin hubungan sulit bersama seorang perempuan simpanan tular di media sosial.

Ketika kejadian, remaja tersebut sengaja meminta rakannya untuk merakam perkara tersebut.

Bapanya dilihat berada di dalam sebuah kereta putih yang turut dinaiki oleh seorang wanita dipercayai skandalnya.

Meskipun remaja itu dilihat bergelak ketawa, namun jelas terpancar di wajahnya bahawa dia sangat marah dan kecewa melihat bapanya bersama perempuan lain.

Apabila wanita tersebut keluar dari kereta putih itu, remaja tersebut segera memakinya.

Pada masa sama, dia juga menghampiri ayahnya yang masih berada di dalam kereta.

Masa dan lokasi kejadian sebenar kejadian yang berlaku di Indonesia itu masih belum dapat dipastikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram