Menyinggung sensitiviti, 5 permainan video yang penuh dengan kontroversi


  • eSports
  • Sabtu, 05 Nov 2022

Ada juga permainan video yang menyentuh isu sensitif seperti agama sehingga mendapat kecaman orang ramai. — Agensi

PERMAINAN video merupakan salah satu alternatif hiburan bagi orang ramai untuk meluangkan masa yang terluang.

Sejak mula permainan video diperkenalkan, ia tidak pernah lari daripada menjadi isu kontroversi.

Perkara ini tidaklah mengejutkan kerana banyak permainan video yang mempromosikan aspek kurang sesuai untuk orang awam apatah lagi bagi golongan kanak-kanak.

Ada juga permainan video yang menyentuh isu sensitif seperti agama sehingga mendapat kecaman orang ramai.

Berikut adalah lima permainan video yang pernah dianggap kontroversi apabila menyentuh sensitiviti orang ramai:

WhatsApp Image 2022-11-04 at 10.02.51 PM(1)

Unsur penghinaan terhadap Islam terserlah apabila kalimah ALLAH terpampang di setiap pintu yang dikuasai syaitan. Agensi

1. Devil May Cry 3

Permainan komputer yang digemari remaja dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemain kerana mengandungi unsur menghina Islam apabila memaparkan kalimah ALLAH dan Kaabah.

Misi permainan ini adalah berlawan dengan syaitan untuk menembusi 12 pintu sebelum 'ketua syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Unsur penghinaan terhadap Islam terserlah apabila kalimah ALLAH terpampang di setiap pintu yang dikuasai syaitan termasuk pintu Kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan penerbitnya kini mengeluarkan enam edisi untuk permainan itu sejak mula diterbitkan.

Tokoh agama yang juga seorang pendakwah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz pernah menggelar permainan komputer sebagai penghinaan yang keterlaluan kepada umat Islam kerana Kaabah adalah kiblat dan tempat suci, serta kalimah ALLAH yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Satu adegan dalam permainan terbabit ditunjukkan pintu Kaabah itu sebagai pintu yang menghubungkan dunia syaitan dan dunia nyata

WhatsApp Image 2022-11-04 at 10.02.17 PM(1)

Dalam istana tersebut terdapat nama-nama ALLAH di dinding istana. Agensi

2. Clive Barker's Undying

Permainan ini merupakan genre seram tentang perlawanan berlawan dengan syaitan.

Tetapi dalam permainan tersebut ada salah satu adegan dalam ini ada menggambarkan suasana di dalam istana yang diduduki oleh syaitan.

Namun yang peliknya di dalam istana tersebut terdapat nama-nama ALLAH di dinding istana.

Perkara ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah ALLAH adalah sekutu syaitan.

maxresdefault

Pemain perlu melepaskan tembakan ke arah orang awam di sebuah lapangan terbang di Rusia. Agensi

3. Call of Duty: Modern Warfare 2

Walaupun kebanyakan siri Call of Duty tidak pernah lari dari memaparkan tema kontroversi namun misi yang dinamakan sebagai 'No Russian' dalam Call of Duty: Modern Warfare 2 mungkin melangkaui batas.

Dalam misi itu, pemain memainkan watak ejen CIA yang menyamar dan menyertai kumpulan pengganas.

Pemain perlu melepaskan tembakan ke arah orang awam di sebuah lapangan terbang di Rusia.

Walaubagaimanapun untuk mengelak daripada diharamkan di Jepun dan Jerman, syarikat pengeluar telah mengubah misi itu yang mana jika menembak orang awam akan menggagalkan misi pemain.

Manakala di Rusia, misi itu dibuang terus dan bagi negara-negara lain hanya diberi pilihan untuk skip misi yang menyinggung perasaan itu.

0000003326.1920x1080

Ramai yang risau Manhunt akan mempengaruhi pemain untuk melakukan jenayah seumpamanya. Agensi

4. Manhunt

Direka oleh pasukan sama yang menghasilkan siri permainan popular Grand Theft Auto (GTA), Manhunt merupakan permainan video paling kontroversi yang dikeluarkan syarikat Rockstar.

Masalah utama permainan video ini ialah keganasan yang ditampilkan apabila pemain perlu membunuh lawan mereka dengan sangat ganas.

Ramai yang risau Manhunt akan mempengaruhi pemain untuk melakukan jenayah seumpamanya.

Walaupun mendapat tentangan banyak pihak, pencipta permainan ini meneruskan untuk menghasilkan Manhunt 2 yang juga menjadi satu kontroversi besar.

maxresdefault

Mortal Kombat adalah penyebab industri permainan video mencipta ESRB. Agensi

5. Mortal Kombat

Apabila Mortal Kombat kali pertama diperkenalkan pada 1993, ia menjadi terkenal kerana gerakan penghabisan yang sangat ganas.

Pemain boleh menghabiskan musuh dengan cara paling kejam seperti mencabut jantung pihak lawan dan sebagainya.

Sebelum ini, sistem penilaian yang lemah menyebabkan kanak-kanak juga boleh membeli dan memainkan permainan video itu.

Mortal Kombat adalah penyebab industri permainan video mencipta Entertainment Software Rating Board (ESRB) yang mana setiap permainan video yang dipasarkan akan dinilai terlebih dahulu mengikut kesesuaiannya mengikut peringkat umur tertentu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram