'Anak emas' TRW mula dipersoal, kualiti makin merudum


  • Podium
  • Jumaat, 28 Okt 2022

Kenta Hara (kanan) meraikan jaringan golnya ketika menentang Sarawak United baru-baru ini. — Facebook/Kelantan FC

AKSI Kelantan FC pada musim Liga Perdana musim lalu boleh dianggap baik apabila menduduki tangga kedua di bawah Johor Darul Takzim (JDT) II.

Bukan sahaja pasukan, pengurusan The Red Warriors yang dimiliki Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Boss Zam itu juga cukup cemerlang.

Persembahan baik diiringi kepimpinan yang cemerlang akhirnya membawa hasil yang diingini oleh Kelantan FC iaitu beraksi bersama dengan kelab elit Liga Super musim depan.

Namun, hendak mengharungi Liga Super bukanlah mudah dan pentas permulaan dibuka dengan saingan dalam Liga Malaysia ketika menentang Sarawak United pada Rabu.

Nixon-Guylherme

Nixon Guylherme dilihat tidak memberi impak besar kepada Kelantan FC. — Facebook

Apa yang merisaukan ialah Kelantan FC sekadar meraih satu gol sahaja ketika menentang pasukan kedua tercorot dalam Liga Super sebagai bekalan untuk beraksi di laman sendiri pada Isnin depan.

Menerusi perlawanan itu juga, penyokong mula menilai kemampuan pasukan dan nampaknya, pemain import Kelantan FC, Nixon Guylherme mula menjadi pertikaian.

Seorang penyokong The Red Warriors, Affenddy Mohamad berkata, pemain yang berasal dari Brazil itu adalah pembelian kelab yang paling tidak berbaloi.

"Merugikan dan tidak menyumbang kepada pasukan secara total. Malas dan selalu cedera," katanya.

Seorang lagi penyokong, Joey Azizul menganggap pasukan membuat kesilapan apabila membeli pemain yang murah.

WhatsApp Image 2022-10-28 at 4.20.44 PM

Kesebelasan utama yang diturunkan menentang Sarawak United. — Facebook/Kelantan FC

"Silap Bos Zam sebab jenis nak murah. Kena beli pemain import yang berkualiti," katanya.

"The Red Warriors sejak dahulu lagi buat pembelian pemain import tak berbaloi. Harap-harap musim depan ada sinar untuk pasukan dapat pemain import yang bagus," kata Hasdin My.

Sementara itu, Saiful Yks Mohamed pula berkata, dia berharap apa yang berlaku menjadi pengajaran buat pasukan.

"Semoga apa yang terjadi menjadi ingatan dan pedoman untuk Kelantan dan Bos Zam dalam pemilihan pemain import akan datang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram