[VIDEO] Ketua polis dilucut jawatan 'payung' kelab malam haram


  • Benua
  • Jumaat, 28 Okt 2022

Polis melakukan serbuan ke atas sebuah kelab malam di Bangkok, Thailand yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

PIHAK berkuasa Thailand giat mengadakan pemeriksaan ke atas beberapa kelab malam mewah. di sekitar Bangkok bagi mengenal pasti premis yang terlibat dengan jenayah penyalahangunaan dadah.

Dalam serbuan yang dilakukan di sebuah kelab pada Rabu, seramai 266 individu ditahan dan kira-kira 104 daripada mereka positif dadah semantara sekitar 237 pula merupakan warganegara China.

Susulan daripada itu, Ketua Polis Daerah Yannawa, Thanachot Rerkdee dipecat daripada jawatan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah dan membenarkan premis hiburan beroperasi secara haram.

Menurut jurucakap polis, Thanachot menerima rasuah daripada pemilik bar bagi membenarkan mereka untuk menjalankan perniagaan.

“Buat masa sekarang dia (Thanachot) kekal dipecat sehingga pengumuman baharu akan dibuat. Melihat kepada keadaan sekarang, kami kelihatan bergelut untuk mendapatkan pelancong yang berkualiti,” katanya.

Dalam kejadian sama, polis menemui dadah jenis ketamin, nimetazepa dan diazepam yang dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan minuman koktel dinamakan air gembira.

Mereka yang ditahan didakwa menggunakan dadah dan bekerja di tempat hiburan tanpa permit.

Polis turut merampas lebih 30 kenderaan mewah manakala pemilik bangunan disoal siasat sekiranya dikaitkan dengan kumpulan pengedaran dadah.

Untuk rekod, polis turut membuat serbuan di sebuah kelab hiburan di Pattaya dan menahan sekumpulan remaja yang terlibat dengan pengedaran dadah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram