Kisah 'Cinderella' KL City akhirnya terhenti di Bukit Jalil


  • Podium
  • Sabtu, 22 Okt 2022

Al Seeb Club menjadi kelab Oman pertama menjulang trofi Piala AFC. — Twitter/AFCCup2022

KEMARAAN bergaya Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam saingan Piala AFC akhirnya menemui titik noktah selepas tumpas di pentas akhir ketika bertemu kelab Oman, Al Seeb Club di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pasukan Oman itu mendahalui menerusi jaringan pertahanan kiri, Ali al-Busaidi pada minit ke-22 perlawanan menerusi sepakan penjuru.

Mereka kemudiannya menggandakan kelebihan menerusi tandukan deras Abdulaziz al-Maqbali pada minit ke-37 permainan.

Nasib KL City akhirnya disahkan apabila Muhsen al-Ghassani menjaringkan gol pada minit ke-69 perlawanan selepas mudah mengelirukan tonggak pertahanan, Giancarlo Gallifuoco.

Meskipun tewas, pujian harus diberikan kepada anak-anak buah Bojan Hodak selepas berjaya menghadapi segala cabaran selepas sebelum ini timbul tanda tanya akan kemampuan mereka di pentas Asia.

KL City selepas ini akan memulakan kempen Piala Malaysia mereka dengan pertemuan bersama kelab Liga Perdana, PDRM FC dalam usaha mengekalkan trofi berharga itu di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram