Gamit nostalgia Kedah, bekas orang kuat kembali bersama Tan Cheng Hoe di Selangor?


  • Sukan
  • Sabtu, 22 Okt 2022

Semasa ketiadaan Cheng Hoe yang menyertai kursus kejurulatihan profesional bersama AFC, Marcote pernah diberikan tanggungjawab untuk memangku posisi ketua jurulatih skuad Hijau Kuning. — Agensi

BEKAS ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ramon Marcote menimbulkan tanda tanya penyokong Selangor selepas dia dilihat memberikan tanda 'like' kepada setiap posting Selangor FC sejak akhir-akhir ini.

Marcote yang pernah menaikkan kembali bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) bersama Tan Cheng Hoe dinyatakan kini tidak melatih mana-mana pasukan, selepas berpisah lebih awal bersama Ethnikos Achnas.

Kelab tersebut yang beraksi dalam saingan Divisyen Kedua Cypriot di Cyprus itu merupakan pasukan terakhir dilatih oleh Marcote dan berjaya membawa beberapa keputusan positif dari segi keputusan dan corak permainan.

roman-marcote

Marcote dikenali sebagai individu yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam bola sepak di Eropah, terutama sekali dalam membangunkan bakat-bakat muda. Agensi

Sebelum sertai Ethnikos Achnas, Marcote yang mempunyai lesen kejurulatihan UEFA Pro dilantik sebagai ketua jurulatih Al Hilal Bawah 15 Tahun (B-15).

Marcote dikenali sebagai individu yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam bola sepak di Eropah, terutama sekali dalam membangunkan bakat-bakat muda.

Persoalannya, adakah Marcote turut berada dalam radar pengurusan Selangor pada musim depan bagi mengisi kerusi 'Sporting Director' yang masih menjadi tanda tanya orang ramai?

Screenshot 2022-10-21 at 21-07-51 Ramon Marcote Terbuka Terima Tawaran Kembali Latih Kelab Liga Malaysia

Marcote baru-baru ini berpisah lebih awal bersama Ethnikos Achnas. Instagram/Ethnikos Achnas.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen Facebook rasmi Selangor FC, orang ramai mula berteka teki dengan tindakan Marcote yang memberikan tanda 'like' kepada setiap posting pasukan itu.

"Ramon Marcote masuk Selangor ke tahun depan?" kata Khairulizwan Mahadzir.

"Aku tertanya-tanya pasal Marcote ini, sebab dari hari itu perasan dia banyak 'like' Facebook Selangor FC," jelas Ulie.

"Apa-apa pun doa baik-baik sahaja, sekarang ini cuma nak tunggu siapakah yang Selangor FC akan lantik sebagai Sporting Director," ujar Ramli.

Ramon-Marcote-1-1024x684

Marcote pernah dilantik menjadi ketua jurulatih Kedah pada 2017. Facebook/Kedah FA

Untuk makluman semua, Marcote mula menabur bakti bersama Kedah sebagai jurulatih kecergasan pada tahun 2015.

Dia merupakan salah seorang daripada staf kejurulatihan di bawah pimpinan Tan Cheng Hoe.

Semasa ketiadaan Cheng Hoe yang menyertai kursus kejurulatihan profesional bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Marcote pernah diberikan tanggungjawab untuk memangku posisi ketua jurulatih skuad Hijau Kuning.

Pada penghujung 2017, Marcote secara rasminya dilantik menjadi ketua jurulatih Kedah yang kini dikenali sebagai Kedah Darul Aman.

Dia sempat membimbing pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu selama beberapa bulan.

Pada penghujung Mac 2018, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melakukan sedikit perubahan di dalam sistem kejurulatihan mereka menyaksikan Marcote diberikan peranan baharu sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram