Selepas 6 nama besar, bintang Gergasi Merah pula bakal disambar Sang Kenari?


  • Podium
  • Jumaat, 21 Okt 2022

Yazan sebelum ini menyertai Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2022. — Facebook/Selangor FC

DALAM kesibukan Kedah Darul Aman (KDA) FC mempersiapkan pasukan untuk Piala Malaysia yang bakal membuka tirai pada minggu depan, khabar angin mengenai perpindahan pemain baharu mula bertebaran di media sosial.

Rumours mengenai senarai bintang baharu Kedah itu mula timbul selepas pengumuman penamatan khidmat Adil Sharin Sahak sebagai ketua jurulatih Sang Kenari pada Isnin lalu.

Antara nama besar yang dikaitkan dengan skaud Hijau Kuning ialah bintang dari Terengganu FC iaitu penyerang sensasi, Faisal Halim, Faiz Nasir dan Tchetche Kipre.

Selain tonggak dari skuad Penyu, beberapa pemain Petaling Jaya (PJ) City FC seperti pemain sayap, Kogileswaran, Ruventhiran Vengadesan termasuklah penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz turut dikatakan berada dalam radar Sang Kenari pada musim depan.

Tidak cukup dengan pemain-pemain tersebut, muncul lagi desas-desus bahawa tonggak pertahanan, Selangor FC pula sedang diburu Sang Kenari.

Pemain yang dimaksudkan ialah bintang import, Yazan Al-Arab yang kini membarisi jentera pertahanan Gergasi Merah sejak awal musim ini.

WhatsApp Image 2022-10-21 at 3.45.15 PM

Yazan bersama trofi kemenangan Kejohanan Antarabangsa Jordan dengan menewaskan Oman. — Instagram

Tidak mustahil, masalah benteng pertahanan Sang Kenari yang mudah ditembusi pihak lawan boleh diatasi sekiranya pemain berusia 26 tahun itu menyertai Kedah pada musim depan.

Kehebatan Yazan bukan hanya dapat diihat ketika bermain bersama Selangor, malah dia juga baru-baru ini membantu negaranya memenangi Kejohanan Antarabangsa Jordan dengan menewaskan Oman 1-0.

Bukan itu sahaja, Yazan pasti mudah untuk menyesuaikan diri bersama Kedah berikutan rakan senegaranya, Mahmoud Al-Mardi mungkin bermain bersama Sang Kenari jika dibeli secara tetap atau meneruskan status pinjaman pada musim depan.

“Bergabung dengan Al-Mardi atas padang. Permainan yang pantas bola dengan hantaran laju,” komen penyokong, Din Helmi.

“Kalau betul masuk Kedah. Baguslah,” kata penyokong, Muhammad bin Man Muhammad.

Khabar angin itu dikatakan boleh menjadi benar kerana kontrak Yazan bersama Gergasi Merah dijangka tamat pada hujung November ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram