Laungan kekal di TFC kembali bergema, berikut 4 sebab kontrak Nafuzi wajib disambung


  • Podium
  • Isnin, 17 Okt 2022

Kedudukan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih TFC musim depan masih menjadi tanda tanya.

WALAUPUN sudah layak ke Piala Konfederasi Asia (AFC) 2023, kedudukan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain masih lagi menjadi tanda tanya.

Ternyata, penyokong mahukan Nafuzi kekal bersama Sang Penyu dan perkara itu dapat dilihat menerusi laungan #NafuziStay terus membanjiri laman media sosial rasmi TFC.

Namun, segala keputusan sama ada Nafuzi akan mengiringi aksi anak buahnya di pentas Asia masih menjadi tanda tanya dan akan terjawab pada 25 Oktober depan.

Seorang penyokong TFC, Amir Farhan memberitahu Nafuzi wajar dikekalkan dan memberi empat sebab mengapa dia berkata demikian.

307452374_1573301549767187_6198627042888370231_n

Nafuzi Zain (dua dari kiri) membuat tepukan semangat bersama penyokong selepas TFC sah melayakkan diri ke Piala AFC. — Facebook/TFC

Pelaburan

Sang Penyu menggunakan khidmat ketua jurulatih itu sejak 2019 dan permainan pasukan itu kini banyak dipengaruhi DNA yang dibawakan Nafuzi.

Malah, memasuki tahun keempat barulah nampak hasil yang dibawakan Nafuzi. Adalah satu pembaziran besar daripada segi kos, masa dan perhatian penyokong kalau ketua jurulatih itu dilepaskan.

DNA yang dibawakan Nafuzi tidak dilihat datang dari pengurusan dan kalau ketua jurulatih bertukar, maka permainan TFC juga akan bertukar. Ini akan menyebabkan penyokong perlu tunggu empat ke lima tahun akan datang untuk melihat hasilnya.

Profesionalisme

Sepanjang Nafuzi berada di TFC, belum ada cerita yang mengatakan dia bermasalah atau cuba bersikap demanding terhadap pengurusan.

Ego daripada segi pemilikan pemain dan taktikal mungkin ada satu ke dua kes tetapi masih boleh dikawal. Tak relevan kalau masalah ego dijadikan sebab untuk melepaskan Nafuzi ke kelab lain.

Apatah lagi hubungan Nafuzi dengan pemain juga sangat baik dan mempunyai persefahaman yang cukup baik.

310137248_1573301836433825_1123558149383278756_n

Aksi TFC ketika menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam perlawanan terakhir Liga Super pada Sabtu. — Facebook/TFC

Prestasi

Pada penghujung 2021, memang kedengaran kontrak Nafuzi akan ditamatkan namun disebabkan desakan penyokong, pengurusan terpaksa akur untuk mengekalkan ketua jurulatih itu.

Namun, kontrak Nafuzi disertakan sekali dengan beberapa KPI yang perlu dipenuhi untuk disambung ke musim 2023. Hasilnya, TFC layak ke final piala FA tahun ini dan layak ke Piala AFC pada musim depan.

Selain itu, TFC juga berjaya menamatkan Liga Super dengan sembilan kemenangan berturut-turut. Itu sudah menunjukkan pencapaian yang luar biasa bagi sebuah pasukan yang sering mempunyai masalah konsistensi.

Perancangan

Musim depan, TFC akan ke Piala AFC dan jika kontrak Nafuzi tidak disambung, pengurusan perlu mencari pengganti yang sekurang-kurangnya boleh setanding dengan prestasi ketua jurulatih sekarang.

Tak berbaloi kalau kalau Nafuzi diganti tetapi pasukan perlu bermula dari bawah. Apa guna blueprint management sejak TFC diswastakan pada 2018 kalau baru separuh jalan dah nak kena tukar balik.

Jangan sebab nak jaga muka sendiri, sanggup korbankan segala usaha yang TFC buat selama ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram